Langkau ke kandungan utama

Kerana lilin

Tiba-tiba saja isu DS Nizar bawa lilin dah jadi besar. Bermula dengan Zambry yang minta Tuan Guru Nik Aziz beri fatwa, kemudian diikuti dengan ulasan dan pandangan tokoh-tokoh agama dan politik, kemudian diteruskan di kalangan blogger. Sampai hari ini masih belum selesai.

Seperti biasa baik ia merupakan pandangan, ulasan, kritikan malah cemuhan akan turut dipengaruhi sensitiviti kepartian. Namun tidak kurang juga yang bersikap adil dalam melontarkan pandangan dengan menyertakan nas dan hujah yang sahih.

Yang berdiam diri pun ramai. Sama ada kerana menahan diri dari memperkatakan sesuatu yang belum jelas sambil menunggu penjelasan dari yang empunya laku. Atau berdiam diri kerana kawan sendiri yang buat kerja itu. Tak kiralah yang mana satu, asalkan berdiam diri di atas satu perkara yang kita sendiri tidak pasti adalah langkah paling bijak. "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari akhir ialah mereka yang berkata perkara kebaikan atau diam."(Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya bolehlah dikatakan orang sekarang dah mula anggap akidah sebagai subjek yang sensitif. Memang itu sepatutnya diterapkan paling awal dalam kehidupan manusia muslim. Cuma yang dibimbangi ia hanya disentuh, dibincang, diminta fatwa jika terkena ke atas parti lawan.

Selama ini tak ada pula dipertikai orang-orang Islam yang meniup lilin atas kek hari lahir. Siap minta hajat lagi. Menyanyi dah tentu sekali. Itu budaya siapa pula?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah