Langkau ke kandungan utama

Mengharap reda Allah di jalan raya

Ada orang bila bercakap tentang amal islami, yang dia nampak hanyalah solat sunat, puasa sunat, zikir, baca quran, selawat atau berdoa. Bila dikatakan ciri-ciri peribadi islamik pula ialah yang berkopiah, berserban, jalan tunduk, bercakap perlahan atau langsung tak bercakap. Lalu berusahalah mereka memperbanyak solat sunat di samping solat wajib, puasa sunat yang kekadang sampai terlajak tiga bulan berturut-turut dari Rejab hingga Ramadan, zikir tak henti-henti serta doa dan wirid berjela-jela selepas solat. Balik kerja terus pasang jubah dan serban.

Tapi jarang orang pedulikan amal islami di jalan raya. Kerap kelihatan orang yang berserban bawa kereta melebihi had laju yang ditetapkan. Berkopiah putih tetapi memotong dengan cara yang berbahaya. Ada juga yang memasang pelekat "Membangun Bersama Islam" tapi memotong ikut kiri atau memotong barisan. Malah selalu juga terlihat pemandu kereta hadapan yang berkopiah, tiba-tiba keluar puntung rokok melalui tingkap pemandu. Tapi itu tidak bermakna orang yang tak berkopiah atau berserban wewenang beraksi ikut suka hati. Bab dosa dan pahala, tertanggung kepada pelaku tanpa mengira siapa.

Di sisi Islam, amal yang diutamakan adalah yang lebih memberi manfaat kepada manusia yang ramai dari amal yang memberi manfaat kepada diri sendiri. Ada pun solat dan puasa sunat, zikir, doa dan membaca al quran manfaatnya hanya untuk pelakunya saja. Sedangkan berhemah di jalan raya, manfaatnya dirasai oleh para pengguna jalan raya yang lain.

Justeru itu, bersopanlah di jalan raya. Moga Allah meredai amal baik kita. Pahala ada di mana-mana hatta di jalan raya sekalipun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah