Langkau ke kandungan utama

Karma

Jika ingin dicintai kita mestilah mencintai. Jika ingin dikasihi kita mestilah mengasihi. Jika ingin dihormati kita mestilah menghormati.

Suami yang mencintai isteri akan dicintai isterinya. Begitulah halnya si isteri.

Bapa dan ibu yang mengasihi anak-anak akan dikasihi anak-anaknya. Begitulah halnya anak-anak.

Guru yang mengasihi murid akan dikasihi anak muridnya. Demikianlah juga anak murid terhadap guru-guru mereka.

Kerajaan atau pemerintah yang menghormati dan menjaga kebajikan rakyatnya. Allah dan Rasul memberi jaminan bahawa rakyat juga akan menghormati dan memuliakan pemerintah.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdoa yang bermaksud, "Ya Allah Ya Tuhanku! sesiapa yang dipertanggungjawabkan mengendalikan urusan umatku kemudian dia menyusahkan mereka, maka Kau berilah kesusahan kepada mereka. Sesiapa yang dipertanggungjawabkan mengendali urusan umatku lalu dia berlemah lembut dengan mereka maka Kau berlemah lembutlah terhadap dia."(Muttafaqun 'alaih: Bukhari-7150 & Muslim-142)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda kepada para sahabat Baginda yang bermaksud, "pemimpin kamu yang terbaik ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihi kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu dan pemimpin kamu yang paling jahat ialah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, kamu melaknati mereka dan mereka melaknati kamu."(riwayat Muslim)

Kekadang tanpa disedari kita sebenarnya sedang menerima hukuman kerana kecuaian menunaikan hak kepada mereka yang sepatutnya. Gagal mencintai, gagal mengasihi, gagal menghormati dan gagal berlaku adil.

Dan kita pun terimalah balasannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah