Langkau ke kandungan utama

Apa tujuan menulis di muka jenazah?

Sedikit masa dulu saya ditanya mengenai tindak tanduk beberapa orang yang bergelar Ustaz menggunakan jari telunjuk mereka seperti menulis di muka jenazah yang akan dikafan.

"Apa yang depa tulis?" Tanya seorang sahabat.

"Nampak macam kalimah Allah dan Muhammad." Jawab saya.

"Untuk apa?" Tanya yang lain.

"Entah."

"Ada nas?" Pertanyaan yang menunjukkan keperihatinan.

"Tak ada lah." Kata saya sambil tersenyum. Bahkan banyak lagi amalan-amalan dan tindakan-tindakan masyarakat kita yang tidak berpaksikan kepada al-quran dan sunnah bila berhadapan dengan suasana kematian. Malangnya bila ada pihak yang cuba membetulkan keadaan langsung dituduh mereka dengan bermacam tuduhan.

"Agaknya apa tujuan mereka ya?" Begitulah halnya bila seseorang yang cuba mencari kebenaran. Segala yang dilihat tidak diterima secara membuta tuli.

Namun bagi sesetengah orang, hal yang pelik itu menunjukkan kehandalan seseorang dalam urusan agama. Orang lain tak buat tapi ustaz tu buat. Itu tandanya ketinggian ilmu ustaz. Keilmuan dinilai dengan banyaknya amalan bukannya dinilai dengan neraca al-quran dan as-sunnah.

Sepatutnya ulama yang manjadi pewaris para Nabi mengamalkan apa yang menjadi amalan malah warisan para Nabi sahaja. Amalan dan warisan para Nabi pula sudah tentu dikutip dari khazanah yang sebenarnya iaitu al-quran dan as-sunnah. Banyak atau sedikit bukanlah isu asalkan menepati sunnah. Firman Allah yang bermaksud. Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya”. (Surah al-Isra’: 36).

"Boleh jadi Ustaz-ustaz ni nak tunjuk handal kut supaya orang tengok dia hebat." Kata seorang lagi.

Kalau itu boleh dikatakan sebagai rumusan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah