Langkau ke kandungan utama

Aib

Tindakan sebuah akhbar mendedahkan apa yang dikatakan sebagai identiti sebenar pengarah Allahyarham Yasmin Ahmad yang meninggal dunia baru-baru ini adalah sangat dikesali. Tindakan tersebut jelas melanggar syariat Islam yang melarang sama sekali umatnya mendedahkan aib saudaranya yang telah tiada lagi di dunia ini. Walau apa pun tujuan pendedahan dibuat, ia tetap dianggap sebagai membuka aib arwah. Itu pun seandainya ia benar. Apalagi jika tidak benar, ia merupakan fitnah yang amat dahsyat ke atas arwah dan pelakunya bakal menerima azab dari Allah 'azza wa jalla. Na'uzubillah. Justeru, hentikanlah kerja hina ini kerana dibimbangi seandainya ia merebak maka ramai lagi yang akan menanggung dosa.

Dalam pada itu janganlah pula nanti ada pihak yang berpura-pura menunjukkan simpati sebaliknya bermaksud tersirat mahu mencela. Contoh orang-orang sebegini telah pun dinyatakan oleh Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Talbis Iblis dengan katanya, "faktor yang mendorong ghibah(mengumpat) pada diri seseorang adalah dengan menampakkan kasih sayang seperti katanya: Kasihan benar dia. Dia mendapat cubaan sebegini dan musibah sebegitu. Kami berlindung kepada Allah dari kekurangannya. Lalu dia berpura-pura menunjukkan rasa simpati kepada saudaranya dan berpura-pura berdoa untuk saudaranya."

Allahyarham sudah pergi dijemput Allah. Biarlah Allah memutuskan untuknya. Sedang urusan kita dengannya terhenti setakat ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah