Sejak penamaan calon pada hari Ahad yang lalu, saya jadi buntu. Hanya menjadi penonton siaran Buletin Utama dan RTM dengan berita-berita yang berat sebelah benar-benar membuatkan saya tertekan. Saya cuba untuk meluahkan segalanya di blog ini, tapi tiba-tiba saya jadi letih. Hanya mampu memandang saja laptop yang terbuka. Cuba juga untuk mengikuti kempen di luar sana bagi memperolehi keseimbangan maklumat, badan pula terasa lemah. Langsung tak boleh keluar. Segalanya berpunca dari kepenatan bekerja dan tidur yang tidak menentu waktu. Entah mengapa, tidur menjadi satu masalah bagi saya. Saya cuba mencari kekuatan tetapi gagal. Sedang kepala sarat dengan pelbagai permasalahan, persoalan, pandangan dan harapan, siap sedia untuk dihamburkan, mata dan tangan pula tidak mahu bekerjasama. Kaku dan kemudiannya…….. kembali menonton tv. Malam ini saya cuba lagi, tapi…………………
Ini saja yang terdaya. Cuba lagi di malam esok. Allahu Akbar!!!
p/s Baru balik dari klinik. Bawa nenek.
Ini saja yang terdaya. Cuba lagi di malam esok. Allahu Akbar!!!
p/s Baru balik dari klinik. Bawa nenek.
Ulasan