Langkau ke kandungan utama

Mengundi Parti vs Mengundi Calon

Rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada 8 Mac ini. Parti-parti yang bertanding sudah bersedia memalu gendang kempen mereka. Semua pihak menanti-nanti tarikh keramat itu. Cakap-cakap pilihanraya terus menghangatkan kedai kopi. Bendera-bendera parti mulai mewarnai kiri kanan jalan. Manakala bagi para pengundi ada yang sudah mula mencongak calon yang akan bertanding di kawasan mereka.

Ahli tegar parti tidak bermasalah dalam membuat pilihan. Bagi mereka siapa saja yang diletakkan sebagai calon parti pasti akan disokong habis habisan. Kriteria calon bukan menjadi pertimbangan ketika kertas undi di tangan. Undi mereka bukan untuk memenangkan calon tetapi memenangkan parti.

Namun begitu terdapat juga sebilangan pengundi yang mementingkan siapakah calon yang akan mewakili mereka. Golongan ini mahukan calon yang mereka pilih bukan sahaja bekerja untuk parti yang diwakili tetapi yang penting bekerja untuk mereka. Kebiasaannya, golongan ini bukan ahli mana-mana parti sebaliknya mereka yang dilabelkan sebagai pengundi atas pagar. Namun begitu tidak dinafikan, di tangan merekalah sebenarnya kemenangan ditentukan. Pihak yang bertanding sudah pasti maklum tentang kepentingan undi dari golongan ini. Maka tidak dapat tidak soal calon tidak boleh dipandang ringan. Adalah diharapkan tidak ada lagi mentaliti "asalkan parti -tuut- , lembu jadi calon pun, kita pangkah -tuut-. Oleh itu siapa pun boleh jadi calon".

Sepatutnya kriteria calon menjadi pertimbangan setiap pengundi ketika membuat pilihan. Ketepikan soal parti yang diwakili calon kerana yang akan bekerja selepas pilihanraya nanti adalah calon. Sebagus mana pun rekod sesuatu parti, tetapi kalau calon pun dah dikenal pasti korup, rasuah, buruk akhlak ditambah lagi berlainan akidah dengan kita masihkah ada keinginan untuk memangkah calon tersebut.

Pengundi perlu ada pendirian. Jangan biar diri dipermainkan. Biar orang atasan menilai ketegasan kita dengan memastikan calon yang diketengahkan benar-benar berwibawa. Azridul mementingkan calon walaupun menjadi ahli parti -tut-. he... he...


p/s esok. bagaimana memilih calon.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...