Parlimen bubar hari ini. Terkejut? Tidak juga. Tapi rasanya Pak Lah bagaikan tidak membayangkan untuk membubarkan Parlimen dalam sehari dua ini seperti yang dinyatakan semasa di UKM kelmarin. Tidak hairanlah kalau ada pihak yang berkata, "Pak Lah cakap tak terpakai".
Baru semalam saya menulis tentang kewajaran mengadakan pilihanraya dalam tempoh terdekat. Ia sebagai respons saya yang menunggu pembubaran parlimen yang diramal semalam. Pun begitu saya sudah cukup bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi Malaysia.
Undilah kita semua..... he.... he....
Ulasan