Langkau ke kandungan utama

Pilihanraya.

Angin pilihanraya bertiup kencang. Sana sini orang bercakap tentang pilihanraya. Selepas solat Maghrib tadi saya dan beberapa orang rakan jamaah turut menyentuh tentang pilihanraya yang khabarnya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu saya ada pandangan sendiri tentang tarikh pilihanraya. Saya fikir pilihanraya tidak sepatutnya diadakan dalam tempoh terdekat ini. Jangka hayat parlimen dan DUN di negeri-negeri masih panjang sehingga Mac tahun depan. Maka, pandangan saya mengapa perlu disegerakan? Ruang untuk wakil rakyat-wakil rakyat yang ada sekarang untuk bekerja masih terbuka luas. Beri peluang kepada mereka membuktikan kebolehan bekerja dan berkhidmat untul dinilai oleh rakyat yang mereka wakili. Mungkin tempoh 2004 hingga awal 2008 ini adalah waktu yang singkat dan masih banyak agenda membangunkan kawasan yang belum dapat dilaksanakan. Tidak hairanlah sudah ramai yang bersedia untuk dicalonkan semula dengan alasan masih belum puas berkhidmat untuk rakyat. Ataupun masih belum puas memungut hasil rakyat.

Saya cuba ketepikan rasa buruk sangka kerana ia sejahat-jahat dusta. Sekadar menilai dari luaran, mengapa perlu ada calon yang dikategorikan bersih di samping ada juga calon yang disiasat BPR. Harapan saya, semua pihak yang bertanding mengemukakan calon yang benar-benar bersih dan benar-benar ingin berkhidmat. Soal siapa yang menang nanti serahkan kepada para pengundi. Saya dan pembaca juga tentu yakin dengan kemampuan berfikir pengundi Malaysia dalam membuat pilihan.

Saya masih tertanya-tanya mengapa pilihanraya perlu diadakan jauh dari 'due date'nya. Faktor Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI)? Secara peribadi saya melihat beliau sudah hilang sengatnya. Kenapa tidak beri saja peluang untuk beliau bertanding. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat sejauhmanakah kemampuan beliau mencorakkan barisan pembangkang menghadapi pilihanraya. Atau sejauhmanakah penerimaan rakyat ke atas kepimpinan beliau. Atau masih berkarisma lagikah tokoh yang pernah menduduki takhta nombor dua dalam kerajaan itu? Dengan mengadakan pilihanraya awal sebelum habisnya edah DSAI akan dilihat sebagai ketakutan BN menghadapi pakatan pembangkang dalam pilihanraya. Biarpun Pak Lah pernah menafikan faktor takutkan Anwar tetapi sebahagian besar rakyat termasuk ahli UMNO sendiri bagaikan sukar menerima penafian tersebut. Umum mengetahui kelebihan Anwar berbanding Pak Lah. Petah berpidato, mampu menepis hujah pihak lawan, sebagai penganalis disamping undangan ke forum-forum antarabangsa adalah kelebihan peribadi yang ada pada DSAI.

Tinggalkan soal itu. Saya bukan orang politik yang mampu mencongak suasana. Sekadar pandangan yang tidak sedikit pun menjejaskan kerancakan berkempen. Bila pun tarikh pilihanraya, saya berjanji akan menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia. Peluang memilih kerajaan tidak harus dipersiakan oleh sesiapa sahaja. Kita bertanggungjawab mencorakkan masa depan negara.

Undilah kita semua. Lagu itu akan berkumandang semula. Tidak lama lagi. he... he..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...