Langkau ke kandungan utama

Honorarium@saguhati@bonus

Honorarium! Saguhati! Bonus! Mana-mana pun tak kisahlah! Itukan istilah sahaja. Saya seperti kakitangan awam yang lain sangat berharap kerajaan dapat menunaikan permintaan Cuepacs supaya semua kakitangan awam diberi bayaran RM2000 sebagai saguhati. Langkah memberi saguhati kepada kakitangan awam yang bilangannya seramai 1.2 juta orang dikira sangat wajar memandangkan kenaikan gaji pada Julai tahun lepas tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Seperti kata Presiden Cuepacs, kenaikan pendapatan daripada pelarasan gaji pada Julai lalu sudah dihakis oleh kenaikan harga barang.

Jika dilihat kesan kenaikan gaji tahun lepas seperti tidak memberi apa-apa erti kepada kakitangan awam khususnya kepada sejumlah 850,000 yang berpendapatan rendah. Sebaliknya ia membuka peluang kepada peniaga-peniaga mengaut keuntungan dengan menaikkan harga barang sedang kerajaan seakan tidak mampu mengawalnya. Maka, pemberian saguhati dikira sebagai satu jalan untuk mengurangkan sedikit tekanan yang dihadapi terutamanya selepas mengeluarkan perbelanjaan yang banyak ketika bermulanya musim persekolahan yang baru berlalu. Kesan tersebut masih dirasai termasuk saya sendiri. Tiga orang anak bersekolah dan seorang di Tabika Kemas. Tiap seorang perlukan sekurang-kurangnya dua pasang pakaian beserta kasut. Ini belum lagi termasuk bayaran (yuran) tambahan yang dikenakan pihak sekolah. Buku tulis, buku kerja tambahan, kelas tambahan dan belanja harian anak-anak yang turut mengikuti kelas agama pada waktu petang. Adanya saguhati diharap dapat menghilangkan kemurungan yang dialami dalam sebulan dua ini.

Malangnya, kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan agak mengecewakan. 'Segan' nak berbincang katanya. (Segan orang Kedah ……maknanya malas). Tak tahulah sama ada segan yang dimaksudkan itu malu atau malas. Kalau hendak dikira dari tarikh permohonan Cuepacs iaitu September tahun lalu semasa Konvensyen Cuepacs, kita sebenarnya boleh mengharapkan saguhati tersebut dibayar pada hujung Februari ini. Tetapi dengan kenyataan KSN yang masih belum berbincang mengenai hal ini dengan PM bolehkah kita mengharapkan sebarang perkembangan positif berlaku dalam beberapa hari ini. PM sebelum ini seperti telah memberi laluan apabila mengarahkan Cuepacs terlebih dahulu berbincang tentang jumlah tuntutan dengan KSN. Sepatutnya kehangatan bahang pilihanraya ini digunakan sebaiknya oleh KSN untuk membela kebajikan kakitangan di bawahnya. Tetapi KSN telah memilih jalan untuk menjadi ORANG BAIK DI MATA PERDANA MENTERI.

Walaubagaimanapun, harapan masih menggunung tinggi. Mungkin Cuepacs tidak perlukan KSN sebagai orang tengah sebaliknya mengemukakan terus permohonan tersebut kepada YAB Perdana Menteri. Manalah tahu. Pilihanrayakan dah dekat. Takkan Pak Lah tak inginkan sokongan kakitangan awam kut. Ingat! Jumlah kami seramai 1.2 juta orang. Kalau nak congak pun agak-agaknya kalau tak semua pun yang layak mengundi, 80% adalah. Cuba kira. 80% tu berapa orang ya? he….he.…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...