Langkau ke kandungan utama

Istikharah Memilih Calon

"Macam mana ni? Siapa yang kita nak pilih? Dua-dua calon Hindu. Tak payah mengundi lah." Itu cakap-cakap di surau. Sementara menanti hari penamaan calon, desas desus di kawasan tempat tinggal saya bagaikan mengesahkan calon yang bakal bertanding. Buat seketika saya diam tanpa jawapan. Saya beruntung kerana saya tidak mengundi di situ sebaliknya di kawasan yang bermajoritikan orang Melayu. Saya percaya mana-mana parti yang meletakkan calon bukan Melayu di kawasan tersebut bagaikan meletakkan pistol di hujung kepala dengan picunya siap untuk ditekan.

Berbalik kepada soal calon di kawasan tempat tinggal saya tadi. Sukar untuk membuat keputusan lantas mengambil keputusan untuk tidak mengundi. Semata-mata kerana kedua-dua calon tersebut bukan orang kita. Bagaimana pula kalau kedua-dua calon yang bertanding daripada orang Melayu. Melayu lawan Melayu. Mudahkah untuk membuat keputusan? Mungkin mudah bagi ahli parti yang sememangnya akan sentiasa memastikan calon parti mereka akan menang untuk memenangkan parti. Tetapi, bagaimana bagi mereka yang tidak berparti. Tidakkah ada kemungkinan mereka juga tidak keluar mengundi kerana memikirkan siapa saja yang menang adalah orang Melayu.

Kita terlalu cepat untuk membuat keputusan sedang di sana masih banyak jalan yang boleh kita ambil sebelum kita meletakkan sebarang titik nokhtah. Tempoh masa yang panjang sementara menanti tarikh pembuangan undi sudahkah digunakan secukupnya. Sudahkah kita menilai calon yang akan bertanding? Agamanya, ilmunya, pendidikannya, akhlaknya, keupayaannya, sifat amanahnya dan ahli keluarganya. Itu kalau calon dari kalangan Muslim. Bagaimana pula kalau calon Non Muslim. Sudahkah muktamad calon non Muslim perlu ditolak tanpa mengambil kira parti diwakilinya. Pernahkah kita mengkaji pandangan ulama-ulama muktabar dalam persoalan memilih calon pemimpin dari kalangan non Muslim. Setidak-tidaknya dengan mengkaji kitab Fiqh Aulawiyyat karangan Dr. Yusof al Qardhawi. Saya akui, agak sukar berada dalam situasi ini. Kemungkinan saya sendiri tidak keluar mengundi jika saya mengundi di kawasan tersebut.

Sememangnya bagi sebilangan orang untuk mengkaji pandangan ulama muktabar atau membaca buku Fiqh Aulawiyat adalah perkara di luar kemampuan mereka. Namun begitu, saya percaya masih ramai yang belum sedar ada cara yang terbaik dalam menentukan keputusan yang bakal kita ambil. Imam Bukhari meriwayatkan dari Jabir r.a, katanya yang bermaksud "Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada kami cara solat istikharah dalam segala hal sebagaimana Baginda mengajarkan surah al Quran. Sabda Baginda, jika seseorang daripada kamu hendak melakukan sesuatu, maka hendaklah dia bersolat dua rakaat yang bukan wajib. Setelah selesai, ucapkanlah Ya Allah! Saya memohon pilihan menurut pengetahuanMu, dan memohon penetapan dengan kekuasaanMu, juga saya memohon kurniaMu yang besar, kerana sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa dan saya tidak berkuasa. Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah! Jika Kau mengetahui bahawa urusan saya ini baik untuk saya dalam agama saya, urusan saya serta akibat daripada urusan saya. Pada ketika ini atau masa depan maka takdirkan untuk saya dan permudahkan serta berikan keberkatan kepada saya di dalamnya. Sebaliknya jika Kau mengetahui bahawa urusan ini buruk buat saya dalam agama saya, kehidupan saya serta akibat urusan saya, pada masa ini atau masa hadapan, maka jauhkanlah saya daripadanya. Takdirkanlah untuk saya kebaikan sahaja di mana saja ada kebaikan itu dan puaskan hati saya dengan takdirMu itu."

Allah telah membuka jalanNya buat kita melalui lisan RasulNya. Namun begitu tidak ramai yang ambil peduli. Moga artikel ringkas ini dapat memberi manfaat bagaimana untuk kita memilih calon seandainya berada dalam delima. Justeru, solat istikharah adalah penyelesaiannya. Tunggu tanda-tanda dari Allah asalkan kita ikhlas melakukannya. Semuanya mudah di sisi Allah. Hanya kita yang memilih jalan untuk melupakanNya.

Pilihanraya merupakan satu urusan besar. Kesilapan memilih akan tertanggung selama lima tahun. Tambahan lagi calon yang dipilih terlibat pula dengan kerja-kerja maksiat. Kita bertanggungjawab dengannya kerana di tangan kitalah beliau diangkat ke jawatan tersebut. Takutlah sabda Nabi s.a. yang bermaksud “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai ALLAH, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian, lalu dengannya ALLAH mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian, lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dalam Muwata`).

Demikianlah pemilihan dan pengundian, walaupun bukan ucapan lisan, tetapi ianya ucapan bertulis yang membawa kesan yang teramat besar. Semoga kita tidak tersalah pilih yang boleh menyebabkan kesengsaraan diri, keluarga serta masyarakat dan negara kita. Sengsara di dunia dan sengsara di akhirat. Ya Allah! Selamatkan negara kami dari tangan-tangan pemusnah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se