Langkau ke kandungan utama

Sepinya Eidul Adha

Kurang dari seminggu umat Islam akan menyambut Eidul Adha. Tapi suasana sambutan langsung tidak terasa. Kecuali saluran Astro Oasis, saluran-saluran tv lain juga seakan tidak menyedari ketibaan hari besar bagi umat Islam seluruh dunia. Kita seperti meletakkan Eidul Adha sebagai hari raya kelas ke-2 berbanding Eidul Fitri. Semacam tidak penting hari ini bagi kita di Malaysia. Sehingga ada yang berpendapat hari ini hanya untuk jamaah-jamaah haji di Mekah saja.

Kita mungkin terlupa, Eidul Adha juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Antaranya disyariatkan ibadah korban, takbir raya dan diharamkan berpuasa bermula 10 Zulhijjah (hari raya) hingga 13 Zulhijjah (hari tasyriq). Ertinya kita dituntut meraikan Eidul Adha secara bersungguh-sungguh. Dengan menghadiri majlis korban umat Islam dapat mengeratkan silaturrahim di samping mendapat kenalan baru. Sesungguhnya Eidul Adha menjadi medan pertemuan umat Islam dengan mengambil semangat haji bersempena ibadah haji yang dikerjakan saudara-saudara kita di Tanah Suci al-Haram.

Semalam saya mempengerusikan mesyuarat berkenaan majlis korban di surau kami. Alhamdulillah, tahun ini jumlah korbannya agak besar. Empat ekor lembu bakal ditumbangkan. Mesyuarat yang turut dihadiri peserta-peserta korban memutuskan untuk mengadakan majlis ini pada hari raya ke-2 bersamaan hari Selasa (11 Zulhijjah=9 Disember). Segalanya diatur rapi bagi menjayakan majlis dan lebih penting memeriahkan sambutan Eidul Adha.

Sejak surau al-Muhtadin didirikan, kami tidak pernah ketinggalan menganjurkan majlis korban. Sejak itu jugalah saya diamanahkan sebagai pengelolanya. Terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian serta teman-teman yang tidak jemu memberi kerjasama.

Kepada pengunjung blog Azridul Menulis he... he..., saudara/saudari dijemput ke majlis korban di:

Surau al-Muhtadin,
Amanjaya Zon Kenanga,
Bandar Amanjaya,
Sungai Petani,
Kedah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...