Apa perasaan kita bila bertemu dengan seseorang yang selama ini hanya berselisih bahu dan berbalas senyum tetapi rupa-rupanya sealiran dan sefikrah dengan kita. Ia sangat mencetus rasa suka, menggelegak semangat juang dan membuang sangkaan selama ini kita keseorangan.
Pertemuan kedua berlangsung setelah beberapa hari lalu berjumpa dan berkongsi pandangan dalam satu majlis walimah. Kali ini perbincangan lebih meriah dengan saling mengutarakan pengalaman masing-masing ditemani pekat malam dan tempias angin hujan petang tadi. Galak bersembang sampai terlupa kepada secawan teh yang hampir sejuk dan sepiring biskut yang belum disentuh.
Pertemuan mencetus sepakat. Tajdid(pembaharuan) jadi matlamat. Masyarakat harus segera disedarkan dengan pentingnya rujukan sahih dalam beribadat. Namun adat orang berjuang, sunnatullah harus disoroti. Mengharap kemenangan dalam tempoh singkat sangat bercanggah dengan fitrah perjuangan. Lalu kesabaran dan istiqamah sahaja mengiringi kejayaan di masa hadapan.
p/s: sempat lagi promosi blog. he... he...
Ulasan