Langkau ke kandungan utama

Hadir ke perhimpunan parti lawan

Bukan main melenting Tan Sri Muhyiddin bila mendapati bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim menghadiri Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tak cukup dengan Muhyiddin, berbagai pihak dalam UMNO mendesak Zaid dikenakan tindakan.

Tak fahamlah saya dengan politik Malaysia ni. Salahkah kalau seorang ahli parti hadir ke (tak kiralah) kongres atau perhimpunan agung atau muktamar parti yang berlainan kapal. Kalau parti tu dalam satu kapal, ok!

Walaupun Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan Muhyidin sebagai jumud, saya rasa kalau perkara ini berlaku dalam PKR pun, dia akan buat benda yang sama dengan Muhyiddin. Maksud saya semua orang semacam. Orang UMNO tak boleh hadir dalam kongres PKR atau muktamar PAS. Orang PAS dan PKR dilarang hadir dalam perhimpunan UMNO. Padahal semuanya rakyat Malaysia. Masing-masing mendakwa berjuang untuk kemajuan rakyat dan negara Malaysia.

Sepatutnya inilah peluang yang boleh digunakan untuk mencari persamaan. Dalam ucapan dasar, semua Presiden parti akan menerangkan hala tuju parti, pendekatan yang digunakan serta strategi membangunkan negara. Inilah bahan yang boleh dikongsi. Sebab itulah saya berpendapat kritikan terhadap parti lawan tidak perlu dimasukkan dalam ucapan dasar Presiden. Kalau nak kritik, ketika perbahasan dan penggulungan.

Kemudian jemput semua pimpinan parti tak kira sekapal atau lain-lain kapal. Beri mereka penghormatan. Lupakan sekejap yang kita pernah berkelahi dalam parlimen. Dalam ucapan dasar, Presiden akan menerangkan kehendak, keinginan, wawasan, harapan dan perancangan partinya dalam membangunkan dan memajukan agama dan negara.

Selepas ucapan dasar, berehat sekejap sambil minum-minum, sembang-sembang, gelak-gelak, hilangkan tension. Takkanlah 24 jam asyik nak bergaduh.

Saya setuju dengan Azmin. Muhyiddin dan kekawan dia yang mengkritik Zaid memang jumud. Dan harap-harap jangan pula jika nanti terkena batang hidung sendiri, kita pula jadi jumud macam dia.

Saya pun teringin juga nak tengok Perhimpunan Agung UMNO. Tapi bila difikirkan jauhnya PWTC dari Sungai Petani, di sana pula terpaksa duduk bersila di luar dewan dan setakat menonton skrin besar, tak payahlah. Lainlah kalau dijemput duduk dalam dewan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...