Langkau ke kandungan utama

Hilang

Saya tidak terkejut dengan serangan Israel ke atas penduduk Gaza yang mengorbankan lebih dua ratus jiwa baru-baru ini. Kezaliman dan penganiayaan mereka ke atas umat Islam bukan satu rahsia lagi. Malahan itu juga yang menjadi wirid mereka, didendangkan oleh si ibu buat anak kecil dalam buaian serta janji si anak kepada orang tua. Kemusnahan umat Islam adalah cita-cita mereka. Lalu apa nak dihairankan.

Tapi saya sangat terkejut dengan sikap sendiri yang seperti hilang kepekaan menerima berita yang sepatutnya menyayatkan hati ini. Hilang kepedulian, hilang geram, hilang marah, hilang sedih, hilang pilu dan hilang segalanya. Ke mana perginya? Mungkin ia dinyah pergi oleh rasa teruja dengan kejayaan parti Islam dalam pilihanraya lalu.

Tahun 2004 sangat pahit untuk dikenangkan. Sebaik parti yang didokongi kalah teruk dalam pilihanraya, ia disusuli dengan syahidnya dua tokoh pejuang Palestin yang ditembak mati oleh tentera Israel laknatullah. Dalam tempoh yang sangat singkat, Hamas dan dunia Islam kehilangan Syeikh Ahmad Yasin dan Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi.

Duka kekalahan dalam pilihanraya menjadi lebih pedih dengan peristiwa yang berlaku di Palestin. Saya bingkas menyedarkan keluarga dan teman-teman tentang kezaliman Israel. Menyeru supaya dihulurkan derma semampu mungkin. Tidak lupa menyelitkan juga cerita-cerita di Palestin dalam pengajian di surau. Perasaan geram, benci, marah dan sedih dikongsi bersama teman yang mengikuti pengajian. Tapi kini, kemana hilangnya perasaan itu? Saya sedih. Sedih kerana tiada lagi rasa sedih. Saya marah kerana tiada lagi rasa marah. Saya geram kerana tiada lagi rasa geram.

"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri." Sayakah itu? Sampai saat ini saya masih kehilangan perasaan itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...