Satu hari, secara tidak sengaja saya ke rumah seorang Ustazah. Tujuan saya untuk berjumpa dengan Pengerusi surau yang kebetulan berada di rumah Ustazah tersebut bagi membincangkan beberapa aktiviti surau. Korban salah satu darinya.
Rupanya pengerusi dijemput Ustazah dan suaminya untuk berbincang mengenai urusan perkahwinan anak dara Ustazah. Sempat saya bergurau dengan suami Ustazah yang saya panggil Pak Andak. "Pak Andak akad sendiri ka nanti?"
Beliau tersenyum sambil berkata, "tak tau lagi."
Tapi yang mengejutkan saya jawapan dari Ustazah. "Kalau Pak Andak akad sendiri, apa pula kata Tuan Imam. Nanti Tuan Imam ingat kami tak harap kat dia."
Apa kena dengan Ustazah ni? Itukan anak dia. Hak dialah nak mengakadkannya. Tuan Imam hanya menjadi wakil setelah dapat perkenan bapa kepada anak dara. Tuan Imam mana yang kemaruk sangat kalau si bapa sendiri nak akadkan bakal menantunya. Tuan Imam tak rasa apa-apa, mak bapa pula yang takut sangat. Ustazah pula tu. Maaflah, bukan niat nak mengata. Tapi kalau Ustazah berfikiran macam ni, bagaimana mana pula murid-muridnya. Bimbang juga kalau itu yang diajarnya. Semua yang belajar dengan Ustazah adalah jiran-jiran saya juga.
Tak tergamak pula saya nak kata, "Amy Search pun akad sendiri menantu dia. Penyanyi rock tu."
Kerana menghormati tuan rumah.

Ulasan