Malaysia kalah lagi. Kali ini di tangan Thailand dengan jaringan 3-0. Sesiapa yang menonton siaran langsung petang tadi tentu menyampah dengan aksi permainan pasukan negara. Entah siapa pula nak dipersalahkan kali ini. Kalau dengan Vietnam dulu, penjaga gol dikatakan penyebab kekalahan. Akibatnya dia digugur dari perlawanan terakhir kumpulan.
Pelik juga kerana penjaga gol saja yang dipertanggungjawabkan sedang bola sepak adalah permainan berpasukan. Walaupun saya setuju, kesilapan Helmi Eliza adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku namun bagaimana dengan pemain lain. Maksud saya kalau barisan penyerang bijak mencari peluang menjaringkan gol, tidak mustahil Malaysia yang memenangi perlawanan tersebut. Sekiranya penyerang bijak memanfaatkan peluang dengan jaringan 5 atau 6 gol, setakat satu kesilapan penjaga gol langsung tidak memberi kesan memalukan kepada pasukan negara. Soalnya, apa pemain-pemain negara dah buat? Mainkah atau main-main?
Apa pula kali ini? Petang tadi penjaga gol gantian melepaskan tiga gol. Juga tiada jaringan gol dari pemain-pemain negara. Nak gugurkan siapa pula?
Ulasan