Langkau ke kandungan utama

Sokong Dr. Asri!

Saya menyokong penuh ketegasan Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang membantah konsert Jom Heboh TV3 yang bakal menampilkan artis Faizal Tahir. Sambil menyifatkan beliau bukan seorang yang anti hiburan, Dr. Asri bersedia menerima seandainya artis-artis yang dibawa diketahui melalui lagu mereka yang mempunyai mesej jelas seperti Kopratasa, Suhaimi Meor Hassan, M Nasir atau Ramli Sarip.

Dr. Asri juga tidak menolak penganjuran program Jom Heboh di negeri itu seandainya ia mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agama negeri itu. Selain itu beliau turut mengingatkan pihak penganjur agar tidak membawa artis-artis yang memang dikenali sebagai artis yang bermasalah dari segi akhlak.

Semua pihak yang menjadikan amar makruf dan nahi mungkar sebagai slogan perjuangan mereka seharusnya berada sebaris atau setidak-tidaknya di belakang SS Mufti Perlis tersebut. Beliau yang sentiasa tampil dengan idea-idea kritis dan segar sering berada di hadapan dalam membincangkan isu-isu yang melibatkan pandangan serong ke atas umat Islam. Bermula dengan isu-isu seperti tangkapan khalwat, masjid Cina, saudara baru dibinkan dengan nama bapanya, kaedah menegur kerajaan, demontrasi dan sebagainya. Setiap isu yang dibangkitkannya tidak terlepas dari memasukkan unsur-unsur ilmiah dengan mengemukakan bukti-bukti dari nas al Quran dan as Sunnah.

Adakalanya idea-idea dan teguran yang dilontarkan mengundang kritikan dan cemuhan dari pihak yang tidak bersetuju dengannya. Malahan dalam menerima cemuhan tersebut, beliau tidak terlepas dari cacian, makian dan kutukan. Lebih parah lagi, ia datangnya dari pihak yang mendakwa sebagai jamaah atau parti Islam, pejuang Islam dan badan pentadbir Islam negeri atau persekutuan.

Justeru dalam isu Jom Heboh ini, serta-serta isu lain yang dibangkitkan SS Mufti khususnya selepas PRU seperti isu penyelewengan Islam Hadhari dan sebagainya, saya ingin mendengar pandangan-pandangan dari pihak-pihak di atas itu. Terutamanya dari parti PAS khususnya PAS Perlis. Sejak dilantik sebagai Mufti Perlis, beliau sering menjadi sasaran kritikan dan cemuhan PAS Perlis terutamanya dari Pesuruhjayanya, Hashim Jasin. Ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Merbok tahun lalu, Hashim Jasin melabelkan SS Dr. Asri sebagai 'Mufti kayu'.

Saya juga ingin sekali mendengar pandangan dan ulasan tokoh-tokoh penentang Dr.Asri dari parti PAS yang lain seperti Idris Ahmad, Nasaruddin Tantawi, Dr. Mahfodz Mohammad atau Dr. Badrul Amin (pernah melabelkan Dr. Asri 'bapak setan'. Nau'zubillah). Umum mengetahui, nama-nama di atas, kalah dalam PRU12 baru-baru ini. Malah Hashim Jasin sendiri gagal mempertahankan kerusinya di Sanglang. Manakala PAS Perlis kalah teruk ketika negeri-negeri di utara di tawan parti-parti Pakatan Rakyat. APA MAKNANYA ITU?

Perjuangan Islam tidak seharusnya bersifat memilih atau berpuak-puak. Perjuangan menegakkan agama hendaklah bersifat kebersamaan. Biarpun dari siapa atau dari mana seruan kebenaran itu datang, kita perlu menyokongnya. Di samping itu, hendaklah sentiasa adil dalam membuat penilaian.

Malangnya sebahagian besar dari kita berminda kepuakan, hatta dalam menilai kebaikan seseorang. Kalau ia datang dari jamaah/parti sendiri, semuanya betul. Sebaliknya, kalau ia datang dari pihak luar dari jamaah/parti mereka, semuanya tak betul. Kalau betul pun, diamkan sahaja. Tidak perlu diberi publisiti. Kepada mereka ini, renunglah maksud ayat di bawah moga kita beroleh petunjuk dariNya.

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( al Maidah, ayat 8)

Sedangkan dengan kaum atau agama lain kita disuruh berlaku adil apatah lagi kita sesama Islam.

Maka oleh itu, marilah kita bersama, tidak kira orang PAS, PKR, UMNO, ABIM, JIM atau siapa saja, sama ada yang berparti atau tidak berparti, asal sahaja kita mencintai agama kita, di samping mempunyai semangat untuk mendaulatkan agama serta cintakan yang makruf dan benci kepada kemungkaran. Ayuh! Nyatakan sokongan anda kepada SS Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se