Langkau ke kandungan utama

Liberal ala pondok

Satu hari di kantin sebuah sekolah rendah di negeri Kedah.

Sementara menantikan keputusan rasmi Hari Ko Kurikulum Pendidikan Islam peringkat zon diumumkan. Beberapa orang guru Pendidikan Islam sedang berbual.

Kata Ustaz Shahabuddin (nama sebenar), "sejak Husin (nama sebenar) balik, dia dah bawa cara wahabi. Baru-baru ni, Tok Guru Quran dia meninggal dunia. Si Husin jadi imam solat janazah. Lepas sembahyang dia tak baca doa. Orang kampung pun heranlah."

Sampuk pula Ustaz Azrin (nama sebenar), "dulu masa Allahyarham Ustaz Fadzil meninggal dunia, Tuan Guru Nik Aziz yang mengimami solat janazah. Dia tak baca doa juga. Lagi pun apa masalahnya, solatnya sah. Doa lepas solat tak penting. Dalam solat dah dibacakan doa."

Ustaz Hafizullah (nama sebenar) mencelah, "tak boleh macam tu. Masyarakat tidak boleh terima. Kita kena ikut kehendak masyarakat. Kalau masyarakat nak macam tu, kita kena ikutlah.

Ustaz Gani, Ustaz Nizam dan Ustaz Suhaimi (ketiga-tiganya nama sebenar) hanya mendiamkan diri. Mungkin seronok mendengar hujah-hujah yang dibentangkan walaupun tanpa sandaran nas yang sahih. Sebaliknya dijustifikasikan dengan kemahuan masyarakat.

AGAMA KENA IKUT MASYARAKAT???

Sesuatu yang bersifat syariat atau ibadah tidak diukur berdasarkan kehendak atau pemikiran manusia. Sebaliknya ia diukur berdasarkan al Quran dan As Sunnah yang sahih. Seandainya ibadah diukur berdasarkan pemikiran manusia atau kehendak masyarakat, maka tidak jauh bezanya kita dengan golongan liberal yang berkata, " sesuatu itu adalah baik jika orang ramai memandangnya baik dan sesuatu itu adalah keji jika orang ramai memandangnya keji. "

Sedang yang berbicara itu semuanya dikenali sebagai penyokong PAS. Mereka menentang Islam Liberal. Mereka juga murid kepada seorang Tuan Guru yang tersohor di Kedah. Setiap Jumaat mereka berada di pondok pengajian Tuan Guru tersebut untuk mendengar kuliah.

Malangnya tanpa disedari dan kurangnya sikap berhati-hati mereka turut diresapi cara berfikir golongan liberal. Liberal ala pondok. Falsafah mereka, "Jangan pertikai apa yang dah jadi amalan guru-guru dan nenek moyang kita dulu. 'Depa' buat benda baik. Walaupun tiada hadis, tapi Nabi tidak larang kita buat. Asalkan perkara yang dibuat itu tidak bercanggah dengan masyarakat, tidak salah kalau kita buat sama."

Seluruh umat manusia khususnya yang mengucap dua kalimah syahadah mengakui bahawa Allah sahaja yang berhak disembah. Oleh itu, hanya Allah yang berhak menentukan bagaimanakah cara yang paling layak bagi sekalian makhluk menyembahNya. Segalanya telah ditetapkan dan disampaikan melalui lidah RasulNya, Muhammad S.A.W. Allah tidak pernah melantik sesiapa sahaja di dunia ini sebagai wakilnya untuk mencipta bentuk atau cara beribadah. Justeru tiada siapa yang berhak menentukan amalan itu atau amalan ini sebagai baik berdasarkan sangkaan semata-mata tanpa disertakan dengan nas yang sahih.

Firman Allah a'zza wajalla yang bermaksud, "Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. ( al-An'aam 6:116)

Firman Allah lagi yang bermaksud, "Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran." ( an-Najm: 28)

Kerana sangkaanlah, sebahagian dari umat Islam menerima apa sahaja amalan yang dibentangkan di hadapan mereka tanpa merujuk kepada piawaian yang sepatutnya iaitu al Quran dan as Sunnah.

Liberal moden bertembung dengan liberal ala pondok. Apa kesudahannya? Kedua-duanya mengaku merekalah di pihak yang benar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah