Langkau ke kandungan utama

Pemuda PAS Perlis sokong Mufti

Sejuta penghargaan dari saya kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNP) dengan kenyataan yang dibuat bagi menyokong ketegasan SS Mufti Perlis terhadap penganjuran program Jom Heboh di negeri tersebut. Apa yang lebih menarik, kenyataan yang dibuat DPPNP dilihat senada dengan kenyataan mufti mereka. DPPNP dalam kenyataan yang dibuat melalui ketuanya, Ustaz Ya'akub Abu Seman, tidak menolak sepenuhnya program tersebut sebaliknya penganjur perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Semoga dengan sokongan yang diberi, akan kembali mengeratkan hubungan kedua-dua pihak menjalin kerjasama dalam usaha membenteras sebarang bentuk kemungkaran atau jenayah agama di Perlis. Di samping usaha dan tindakan bersepadu kedua-dua pihak mendaulatkan Islam yang suci berteraskan al Quran dan as Sunnah.

Harapan saya juga agar kerjasama tersebut diperluaskan dengan kesediaan semua pihak tanpa mengira parti atau jamaah berpadu tenaga bergerak seiring dalam kerja-kerja amar ma'ruf dan nahi mungkar. Ia bukan sahaja tertumpu di Perlis bahkan bergerak merentasi setiap negeri di Malaysia tercinta. Inilah sebenarnya kayu ukur kepada perpaduan yang diimpikan semua. Bukan sekadar perpaduan dalam UMNO, PAS atau PKR sahaja, tetapi lebih penting ialah perpaduan ke arah mendaulatkan Islam.

Saya menanti kenyataan Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin. Bersuaralah sikit. Tunjukkan keikhlasan tuan bahawa tuan sememangnya menentang mungkar. Jangan nanti dilihat, bukan mungkar yang tuan lawan tapi mufti yang sebenarnya sasaran tuan. Perkara yang lepas biarkan ia berlalu. Takkan jatuh 'standard' tuan hanya kerana tuan menyokong seorang yang tuan pernah gelarkan 'mufti kayu' satu ketika dahulu.

Nampaknya DPP Negeri Perlis mendahului Badan Perhubungan mereka. Atau mungkin ia arahan dari pihak perhubungan sendiri?

Ulasan

Azridul berkata…
Pertama kali saya menjenguk blog Ust. Nasaruddin Tantawi. Membaca tulisannya 'Mabruk Dr. Asri' membuatkan saya menyanjungi keperibadian Ust Nasaruddin. Keterbukaannya memberikan penghormatan biarpun melalui blog. Untuknya pula saya ucapkan MABRUK USTAZ NASARUDDIN.

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah