Langkau ke kandungan utama

Bush dah minta maaf

Insiden berulang lagi. Cuma caranya berbeza. Namun matlamatnya sama. Satu lagi bentuk penghinaan ke atas kesucian Islam. Kali ini al-Quran yang mulia dijadikan sasaran latihan menembak oleh seorang tentera Amerika laknatullah. Mukjizat Rasulullah diperlakukan sedemikian hina.

Stesen televisyen tempatan Iraq melaporkan, kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan, Bush telah menyampaikan permohonan maafnya kepada PM Iraq Nuri al Maliki melalui satu panggilan telefon yang dibuat lewat malam tadi.

“Perdana Menteri telah menerima permohonan maaf daripada Presiden AS George W. Bush berhubung insiden askar AS menjadikan naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak,” lapor stesen Al-Iraqia.

Bush memberitahu askar berkenaan akan dibicarakan,” lapor Al-Iraqia.

Sukar menerima tanpa mempersoalkan kejujuran Bush dalam permohonan maafnya. Itu pun kalau benar seperti yang dilaporkan oleh stesen tv tersebut. Siapa tahu, kalau ia hanya sekadar untuk menyedapkan hati rakyat Iraq semata-mata. Maka PM mereka pun menyatakan ini permohonan maaf dari Bush. Mungkin untuk mengelak dari berlaku kekacauan.

Persoalan yang lebih besar ialah al-Quran itu sendiri bukan sahaja menjadi isu umat Islam di Iraq sahaja. Tapi ia juga kitab bagi seluruh umat Islam di dunia. Maka cukupkah dengan permohonan maaf hanya untuk umat Islam Iraq sahaja?

Bersediakah manusia seangkuh Bush itu memohon maaf dari umat Islam seluruh dunia? Tekanan apakah lagi yang boleh dibuat oleh umat Islam? Tapi yang pastinya, musuh Islam tidak akan berhenti merancang untuk menghapuskan Islam dan umatnya.

Dan dari 'White House', sambil ketawa Bush memohon maafnya ..........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah