Langkau ke kandungan utama

Kelmarin dan pagi ini.

Pejam celik dah masuk lima hari sekolah bercuti. Orang kata cikgu cutinya banyak. Tapi sejak cuti bermula hari Jumaat lalu macam tak cuti pula. Jumaat, kursus dalaman. (Patutkah kursus buat hari minggu??) Sabtu, tunggu anak di sekolah. Ada teknik menjawab soalan UPSR Sains. Ahad sampai Rabu minggu pertama cuti, ada tuisyen. Kalau ikut Puan GB, sepanjang cuti ini disuruhnya buat tuisyen. Kononnya untuk tingkatkan peratus pencapaian UPSR. Sebenarnya, hendak jaga nama dia. Apa lagi, cikgu-cikgu pun membantah. Kami pun mahu bercuti juga.

Apa sangat yang ada pada UPSR. Calon yang dapat 5A bukannya boleh dapat kerja. Asrama penuh pun belum terjamin. Ingatkah lagi peristiwa tahun lalu? Dato' Pengarah sendiri mengakui bilangan sekolah berasrama penuh tidak dapat menampung jumlah murid yang berjaya memperolehi keputusan 5A dalam UPSR tahun lalu. Di mana murid 5A tahun lalu yang gagal ke sekolah berasrama penuh sekarang. Sebahagian sekarang menjadi bahan sindiran teman-teman yang lain di sekolah-sekolah biasa. "Belajar macam nak mati. Dapat 5A konon. Masuk sekolah dengan kami yang dapat 3C 2D". Uuhh, tensionnya!

Atas alasan itu, kelmarin saya batalkan tuisyen anak saya. Sementara saya menerima pelawaan YB Tn. Hj. Abdullah Jusoh, EXCO Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk bersamanya dalam Majlis Pelancaran TM Broadband di Kulim Hi Tech Park Business Centre. Menarik juga dapat menyertai program seperti itu. Saya difahamkan teknologi jalur lebar TM itu meliputi kawasan-kawasan sekitar pekan Kulim, Lunas dan Padang Serai. Majlis berakhir sekitar jam satu selepas semua hadirin menikmati jamuan tengahari.




Petangnya saya di rumah meskipun saya sekali lagi diajak menghadiri beberapa kenduri di kawasannya, Pantai Merdeka. Sempat saya memindahkan gambar-gambar yang diambil dari kamera ke komputer.

Malamnya YB sekeluarga menerima kehadiran rombongan dari Sekolah Islam Puchong, Selangor yang mengadakan lawatan ke negeri-negeri di utara. Rombongan tersebut dalam perjalanan pulang setelah berada di utara selama tiga hari bermula Sabtu. Rombongan dijamu dengan hidangan BBQ. Jam sebelas mereka berangkat pulang.




Jam 11.30 malam saya pula memohon izin untuk pulang. Besoknya ada tuisyen. Tapi awal-awal lagi saya beritahu anak saya, 'abah letih laa..'. Anak pun tak cakap banyak.

Kelmarin juga 26 Mei adalah hari ulangtahun perkahwinan saya ke-13. Alhamdulillah.

Pagi ini, saya ke bank. Ambil duit gaji. Kemudian ke pasar, beli bekalan untuk 4 hari. Balik ke rumah bawa si kecil ke klinik pula. Balik, buka laptop.

Petang ini, YB menyertai rombongan YAB Menteri Besar ke Mesir sehingga 6/6/08. Nampaknya tidak ada lah aktiviti bersama YB sepanjang cuti ini. Maka gantinya, aktiviti bersama AB. Anak bini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...