Langkau ke kandungan utama

Produk Hiburan

Akademi Fantasia 6 (AF6) berakhir semalam. Seorang lagi juara baru dinobatkan. Lima peserta AF yang diistilahkan sebagai pelajar kononnya telah menamatkan sesi pengajian di akademi. Lalu dilangsungkanlah majlis ala-ala graduasi.

Maka bertambahlah lagi produk hiburan di negara kita. Sokongan demi sokongan diberikan kepada mereka. Wang ringgit sanggup dihabiskan untuk memastikan mereka terus kekal di AF. Malah tidak kurang pula yang sanggup bergaduh mempertahankan peserta pilihan mereka. Lihat saja perang SMS di saluran @15 Astro. Bahasa-bahasa yang dikeluarkan pun bukannya elok sangat.

Kekadang musykil juga tentang masa depan golongan ini. Boleh bertahankah mereka? Atau sekurang-kurangnya boleh cari makan dalam bidang ini? Penyanyi yang ada sekarang pun sudah tidak termampu kita mengenalinya. Inikan pula yang baru-baru.

Mungkin hanya beberapa kerat rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan golongan penyanyi. Tapi kebanyakan yang lain mampu menyebut nama-nama penyanyi kesayangan mereka dalam satu nafas sahaja. Buktinya? Memang dah terbukti pun. Lihatlah anugerah-anugerah yang disediakan kepada mereka. Dari mana datangnya sokongan kalau bukan dari peminat-peminat setia ini.

Saya bukan anti hiburan. Setiap kali memandu pasti saya buka radio. Dengar apa lagi kalau bukan muzik. Rasa sunyi pula kalau tak dengar muzik. Cuma sejak tahun-tahun kebelakangan, lagu-lagu baru yang saya dengar terasa menyesakkan dada pula.

Sebagai rakyat kepada sebuah negara, apa yang kita lakukan merupakan satu sumbangan kepada kemajuan negara. Tidak kira siapa kita dan apa kerja kita. Cuma saya melihat bagaimanakah golongan artis dapat menyumbang sesuatu yang bermakna kepada negaranya dengan lagu-lagu yang entah apa-apa. Ini tidak termasuk dengan kelakuan sumbang di atas pentas, penampilan seksi, gossip-gossip panas dan banyak lagi cerita tidak berakhlak yang ditonjolkan. Malangnya, inilah yang dinanti-nanti peminat seni tanahair.

Namun tidak adil untuk menafikan kewujudan sebilangan artis yang tampil dengan imej yang baik di samping membawakan lagu-lagu yang bermesej. Kita masih dapat mendengar lagu yang bernilaikan pengajaran seperti lagu-lagu dari M Nasir, Kopratasa, Ramli Sarip (ini saja yang mampu diingat) di samping beberapa kumpulan nasyid tempatan. Tapi di mana mereka? Lagu-lagu mereka diminati?

Mengapakah tidak ada garis panduan mengenai penerbitan sesebuah lagu atau album? Saya percaya sekiranya ada garis panduan, akan terkawallah bentuk lagu yang akan diterbitkan. Sekat lagu-lagu yang hanya berkisarkan cinta kosong, berbaur lucah, ganas, tidak bermesej sama ada tempatan atau dari luar. Bukankah menjadi tugas pemerintah mengawal akhlak rakyatnya seperti firman Allah, "wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan ahlimu dari api neraka….." (at Tahrim: 6). Mahu tidak mahu orang-orang kita akan menerima juga lagu yang disampaikan kepada mereka kerana naluri manusia memang berkehendakkan kepada nyanyian dan hiburan.

Saya melihat, produk-produk hiburan yang dihasilkan hari ini tidak banyak membantu negara mencapai kemajuan yang diharapkan. Kepada pihak yang berkenaan saya menyeru hentikanlah program-program yang selama ini menjadi kilang kepada menghasilkan penyanyi yang tiada nilai kemajuan. Lebih penting lagi program-program tersebut sangat bertentangan nilainya dengan Islam Hadhari yang menjadi teras kerajaan.

Sebagai insan yang cintakan kemurnian fitrah anugerah Ilahi, hentikanlah sokongan kepada program-program yang merosakkan ini. Katakan TIDAK pada AF, Gangs Starz, One In A Million dan apa-apa lagi lah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se