Langkau ke kandungan utama

Mesyuarat cawangan (Ketua Kampung)

Semalam, telah diadakan mesyuarat pencalonan ketua kampung di cawangan BT 2. Seperti yang diarahkan oleh pimpinan, setiap cawangan bertanggungjawab menentukan calon ketua kampung di kawasan kampung masing-masing. Ia sebagai manifestasi daripada dasar "parti mengawal kerajaan" seperti yang diterangkan kepada wakil-wakil cawagan pada malam berlangsungnya taklimat perlantikan Ketua Kampung.

Antara kriteria perlantikan ialah, seseorang bakal ketua kampung adalah juga seorang aktivis parti. Selain itu, beliau seorang berkemampuan, bertanggungjawab, berpengaruh, memahami dasar-dasar parti, bermastautin dan lebih penting bersedia menerima dan menjalankan arahan-arahan parti.

Perlantikan dan kriteria ini bolehlah dianggap sebagai ganjaran kepada aktivis-aktivis yang telah lama berkhidmat untuk parti mendapat hasil daripada sumbangan mereka selama ini. Namun awal-awal lagi pimpinan mengingatkan tentang tanggungjawab yang bakal dipikul bukan sekadar habuan jawatan dan elaun semata.

Agak menarik bila nama yang dicalonkan pantas menarik diri. Alasan yang diberi ialah belum bersedia, bimbang amanah tidak tertunai, tidak mengharapkan jawatan dan habuan. Memahami keadaan tersebut, pendekatan memujuk digunakan di samping berjanji setiap masalah akan dijadikan agenda mesyuarat AJK cawangan. Sebagai setiausaha cawangan, saya bertanggungjawab memastikan kekosongan jawatan dipenuhi.

Mujur saya bukan pemastautin kawasan tersebut. Terlepas saya dari pencalonan. Bayangkan kalau jam 12 tengah malam pintu rumah diketuk orang. Eeee.... ngeri.

Selesai pencalonan, empat aktivis parti dikemukakan bagi mewakili empat kawasan kampung yang berada di lokaliti UPU BT 2. Mereka terdiri dari Ketua, Naib Ketua dan Bendahari cawangan BT 2 serta Naib Ketua cawangan Taman Songket.

Hari ini 31 Mei hari terakhir menghantar pencalonan ke kawasan. Nama yang dicalon sudah boleh berangan. Berangan dipanggil "Tuk Ketua" atau berangan orang datang ke rumah minta peruntukan. Uhhh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...