Langkau ke kandungan utama

Bersihkan nama Ustaz Jailani

Harakah keluaran terbaru menyiarkan temubual bersama peguam yang terlibat dalam kes Siti Fatimah Tan Abdullah. Peguam Ahmad Jailani akhirnya berpeluang membersihkan namanya dalam lidah rasmi PAS setelah menjadi topik serangan beberapa orang yang keliru dengan tindakan yang beliau ambil.

Amat menyedihkan sekali pihak-pihak yang menyerangnya langsung tidak mendapatkan penjelasan dari beliau terlebih dahulu. Malah ada imam di sebuah masjid di Pulau Pinang yang menggelarkannya Ahmad Jailani 'laknatullah'. Apa jenis manusia yang sanggup menggelarkan saudara seagamanya dengan gelaran sebegini. Masih ada akhlakkah orang macam ini? Lebih-lebih lagi tuduhan atau kecaman tersebut dibuat di atas mimbar yang mulia. Lupakah dia, di awal khutbahnya beliau telah menyeru jamaahnya supaya bertaqwa kepada Allah.

Paling mendukacitakan apabila tuduhan dan tohmahan itu datangnya dari ahli jamaah Islam khususnya PAS. Bukan melemparkan rasa kecewa kepada PAS tetapi kepada segelintir ahlinya yang sentiasa bersikap gopoh dalam membuat penilaian serta suka berburuk sangka dengan pihak yang tidak sependapat dengan mereka. Nasib yang sedemikian pernah berlaku ke atas SS Dr. Asri ketika beliau baru menjawat jawatan sebagai Mufti Perlis.

Kita berharap selepas ini pihak-pihak yang menuduh atau sangsi dengan Peguam Ahmad Jailani kembali menilai sikap mereka. Sebaik-baiknya jemput beliau untuk menerangkan sendiri perkara dan tujuan sebenar tindakan beliau. Selama ini Ustaz Jailani juga tidak asing khususnya di kalangan umat Islam Kedah dan Pulau Pinang. Beliau mempunyai jadual kuliahnya serta sering dijemput berkhutbah di masjid-masjid sekitar.

Pada akhir temubual tersebut beliau telah meninggalkan nombor telefonnya untuk dihubungi. Dapatkan naskah terbaru Harakah. Masih belum terlambat untuk menjernihkan apa yang keruh. Bersihkan nama Ustaz Ahmad Jailani.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam. Minta maaf kerana mengganggu. Boleh saya tnya mcm mne nak dapatkan nombor telefon ustaz Jailani ye?

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...