Pastinya pada malam ini, para jamaah di kebanyakan masjid dan surau meraikan pesta membaca yaasin beramai-ramai dengan tujuan merebut fadilat malam Nisfu Syaaban. Suatu amalan yang diwarisi secara turun temurun tanpa mempedulikan asal usulnya atau merujuk kepada sandarannya. Mereka memenuhi masa antara maghrib dan isya' dengan membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali diselangi pula doa-doa memohon kesejahteraan, murah rezaki dan panjang umur.
Menurut Dr. Yusuf al Qaradhawi, "Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan mendirikan solat tertentu seperti yang kita lihat di sesetengah negara umat Islam. Bahkan di sesetengah negara, orang ramai berhimpun pada malam itu selepas solat Maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yassin dan mendirikan solat 2 rakaat dengan niat panjang umur dan dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia. Kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik daripada golongan salaf, iaitu para sahabat, tabi’in dan tabi’ al-Tabi’in. Ia satu doa yang panjang, menyanggahi nas al-Quran dan sunnah serta saling bercanggahan atau bertentangan makna. Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sesetengah negara orang Islam adalah bidaah dan rekaan semata-mata. Sepatutnya kita melakukan ibadah sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan ialah dengan mengikuti perbuatan salaf, segala keburukan itu adalah bidaah (rekaan) golongan selepas mereka (khalaf). Setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap bidaah itu membawa kepada kesesatan serta setiap yang sesat itu membawa ke neraka." (Rujuk Fatwa Mu’asarah karya Dr. Yusuf al-Qaradawi, jil. 1, ms. 382-383. Dinukil dari buku Membela Islam Tanggungjawab & Disiplin karya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Karya Bestari, Shah Alam (2006), ms. 95.)
Demikianlah manusia yang dalam usahanya mencari keredaan Allah malangnya dikaburi dengan kesilapan memahami apa sebenarnya yang dikatakan ibadah. Sesungguhnya tidak termasuk perkara ibadah sesuatu amalan yang tidak bersamanya dalil dari wahyu yang sahih sama ada melalui kalam Allah atau lisan serta pekerjaan RasulNya. Sebaliknya terdapat kelompok manusia yang lebih selesa berpandukan warisan datuk nenek atau orang-orang lama termasuk ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru serta ramainya orang yang melakukannya.

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan belaka, dan tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." (al-An'am:116)
Ada pun membaca yaasin, berselawat, berpuasa, solat dan berdoa adalah ibadah yang disukai Allah dan Rasul kecuali setelah amalan-amalan tersebut diletakkan di tempat atau pada waktu dan disertai tatacara yang tiada dalam suruhan dan anjuran Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Maka jadilah dia bida'ah yang tercela.
Ya Allah! Lindungi hamba dari bida'ah yang merosakkan. Kerana sesungguhnya Nabi-MU bersabda, "Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang bukan dari suruhan atau anjuran kami maka amalan tersebut akan tertolak." Na'uzubillah.
Ulasan