Ini bukan soal mengata, mengumpat atau menyerang peribadi lagi. Ini soal menyerahkan amanah untuk diurus dan ditadbir. Justeru adakah layak seseorang yang sudah diketahui sebagai orang yang pernah mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya diserahkan urusan itu untuk kesekian kalinya? Ini bukan lagi kemungkaran yang tersembunyi bahkan sudah terang lagi bersuluh.
Adalah menjadi tanggungjawab kepada sesiapa yang mengetahui akan hal ini untuk menjelaskan dan menyedarkan pengundi akibat buruk yang bakal menimpa kerana memilih calon yang buruk rekodnya. Soal sama ada dia sudah bertaubat, itu antara dia dengan Allah. Namun dalam soal hubungannya dengan manusia dan kepimpinan sesebuah kawasan, kita berhukum pada yang zahir serta mengambil pendekatan berhati-hati.
Jangan terpedaya dengan larangan menyerang peribadi calon khususnya pada bulan Ramadan. Kerana peribadilah yang akan mempengaruhi tindakan sementelahan kuasa dan pengaruh dalam genggaman. Kalau dia sudah bertaubat, alhamdulillah. Kita serahkan urusannya kepada Allah. Tapi kalau belum malah masih bernafsu, padahnya menimpa seluruh penduduk Permatang Pasir. Kalau begitu mengapa tidak beralih saja kepada calon yang sudah dimaklumi keluhuran akhlaknya, kematangan kepimpinannya serta tinggi ilmu agamanya. Berilah undi kepada orang yang diyakini. Menjauhi keraguan adalah lebih baik.
Ketahui lebih lanjut di sini.
Ulasan