Langkau ke kandungan utama

Anak ada hak memilih

Ini cerita seorang teman. Tidak saling mengenali cuma tahu sikit-sikit. Selepas SPM, teman ini ditawarkan mengikuti kursus dalam bidang berkaitan pengendalian darah dan DNA. Begitulah lebih kurang katanya. Selang beberapa bulan, dia telah dipanggil pulang untuk menguruskan perniagaan ayahnya memandangkan dia adalah anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Dia tiada pilihan melainkan akur dengan kehendak ayahnya. Tidak beberapa lama, ayahnya meninggal dunia. Malangnya perniagaan menjadi porak peranda akibat pertelingkahan keluarga yang masing-masing mahu berebut bahagian dalam syarikat. Kini syarikat yang dahulunya menyediakan bahan binaan bertukar menjadi kedai pakaian dan peralatan pengantin. Apa pula halnya dengan teman itu? Entahlah. Mudah-mudahan rezekinya murah berkat menjadi anak yang taat.

Ini pula cerita teman sekerja saya. Memang cukup kenal. Baru-baru ini anaknya mendapat dua tawaran melanjutkan pelajaran. Satu dari UPSI dan satu lagi dari kolej perubatan. Dari segi jaminan pekerjaan, yang kedua lebih terjamin. Tamat kursus terus posting. Dia bersetuju dengan pilihan anaknya yang memilih untuk berkursus di Kolej Perubatan Tanjung Rambutan. Tapi bukan kerana jaminan pekerjaan tapi kerana minat anaknya yang mahu menjadi seorang M.A atau Pembantu Perubatan.

Ini pula cerita anak saya. Dia dapat tawaran belajar di Maktab Mahmud. Selepas dua minggu di sana, dia menelefon menyatakan tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran. Alasannya, tidak selesa tinggal di asrama. Terpaksalah saya pindahkan dia lalu tempatkan di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani dan berulang alik dari rumah. Yang penting dia dapat belajar dengan baik.

Dari cerita-cerita di atas saya berpendapat anak-anak patut diberi peluang membuat pilihan mengikut kehendak mereka. Manakala sebagai ibu bapa, kita hanya membimbing mereka membuat pilihan dan bukan sebagai kuasa pemutus. Asalkan pilihan bukan untuk menjadi seorang penjenayah, berilah peluang untuk mereka menentukan masa hadapan mereka sendiri. Jangan sampai nanti kita pula dituding jari sebagai penyebab kepada kesengsaraan yang mereka tanggung.

Bagaimana pula dengan memilih pasangan hidup? Insya Allah, ada sambungan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se