Apa cerita di DUN Kota Siputeh? Nak kosong atau tak kosong? Speaker dah hantar surat makluman kepada SPR. Kerusi itu patut dikosongkan kerana wakilnya sudah menyalahi Undang-undang Tubuh Kerajaan Kegeri Kedah. SPR pula bertangguh-tangguh, mungkin menanti isyarat 'orang-orang di atas sana'. Dok tengah main kenyit-kenyit mata. Kata SPR, kuasa mengosongkan kerusi hak depa. Habis, engkar peraturan hak siapa? Hak UMNO&BN yang boleh buat apa saja.
Memanglah gayat bunyinya kalau pilihanraya kecil berlaku di sana, khususnya buat UMNO&BN. Dulu pun depa menang tak banyak. Majoriti 495 undi saja. Tapi melalui pilihanraya kecil ini UMNO&BN boleh membuktikan bahawa orang-orang Melayu sudah mula kembali menyokong mereka seperti yang dicanangkan selama ini. Mana tahu, BN menang dengan majoriti 2000 lebih. Barulah semangat balik. Sekarang dah ketinggalan 1-7(BN menang di DUN Batang Ai), inilah peluang nak mengecilkan jurang perbezaan gol. Wah, macam Hasbullah Awang lah pula! Atau takut gawang gol terbolos lagi???
Bagi SPR pula, rakyat sedang melihat sama ada mereka benar-benar adil menjalankan tugas atau berpihak kepada BN sahaja. Kota Siputeh lah medan membersihkan imej yang dah terlalu kotor tertempel di batang tubuh SPR selama ini. Buktikan bahawa SPR adil menjalankan tugas serta ikut peraturan dan undang-undang berkaitan. Buktikan SPR tidak berpihak pada mana-mana parti seperti yang dituduh pembangkang selama ini.
Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, berpeluang membuktikan tiada masalah yang berlaku di kalangan parti-parti yang menganggotainya seperti yang digembar gembur oleh media selama ini. Di samping berpeluang mengembalikan semula satu kerusi yang telah dibawa lari oleh ADUN Lunas ke seberang pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Kedah.
Peluang! Ada peluang ni.

Ulasan