Langkau ke kandungan utama

Moga diredai Allah

"Semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki." Begitulah antara doa yang dilafazkan sebagai tanda terima kasih di atas sedekah, sumbangan atau derma yang dihulurkan. "Insya Allah", balas pula sahabat yang menghulurkan. Memang itu sebahagian dari keinginan manusia. Lemahnya iman menjadikan kita terlebih dahulu diperdaya syaitan supaya berkira-kira apakah keuntungan di sebalik sumbangan yang bakal dihulurkan. Maka doa yang sedemikian sekurang-kurangnya menenangkan jiwa yang menyumbang.

Namun di sana ada matlamat yang lebih berharga dari sekadar panjang umur dan murah rezeki. Matlamat yang sepatutnya mendorong upaya beribadah dan beramal kebajikan. Matlamat yang sering dilafazkan dalam doa seusai solat. Allahumma inni as aluka ridhaka wal jannah (Ya Allah sesungguhnya hamba mohon keredaan MU dan syurga). Sesungguhnya reda Allah yang lebih diharapkan dari segalanya. Kerana dengan reda Allah menjanjikan nikmat yang tak terhingga nilainya. Justeru untuk saudara yang menghulurkan sumbangan, derma atau sedekah doakan untuk dia "semoga tuan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diredai Allah serta dibalas syurga."

Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...