Langkau ke kandungan utama

Mengutamakan orang lain dalam beribadah adalah dibenci

Pernah suatu hari saya dipanggil Puan Guru Besar(bekas guru besar) ke biliknya. Ketika itu dia baru saja menjadi GB di sekolah tempat saya mengajar. Dalam pertemuan itu, saya ditanya mengenai cara pengendalian solat zohor berjamaah oleh Panitia Pendidikan Islam. Selepas menerangkan beberapa perkara, saya pun berkata, "ketika solat sayalah imamnya atau sesekali cikgu lain." 

Tapi katanya, cara yang saya buat itu tidak betul. Dia mencadangkan supaya saya melantik imam dari kalangan murid manakala saya pula melihat mereka sembahyang sampai habis. 

Saya jawab, itu bukan cara Nabi. Sabda Nabi, "solatlah kamu seperti mana kamu melihat Aku bersolat." Maksudnya, sahabat belajar solat dengan Nabi dengan melihat Nabi bersolat. Bukannya Nabi melihat sahabat bersolat, baru Nabi bersolat.

Katanya pula, itu Nabi ajar sahabat. Tapi kita nak ajar anak murid kita. 

Malas pula saya nak bertengkar dengan dia. Maklumlah perempuan bila dah jadi Guru Besar. Besar kepala. Mesti nak menangkan diri sendiri walaupun salah. 

Memanglah kita kena tengok cara budak melakukan pelakuan dalam solat. Kalau salah kita perbetulkan. Tapi itu dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Bila dah masuk waktu solat dan berjamaah pula kita ikutlah cara Nabi. 

Kemudian saya katakan lagi, kalau saya tunggu budak sampai habis solat, tak dapatlah saya pahala berjamaah. Dia jawab pula, saya pentingkan diri, nak pahala banyak.

Kali ini saya betul-betul bengang. "Apa punya bangang orang tua sorang ni," tapi itu cuma terlintas dalam hati saja. Kaedah fiqh menyebut "al-itharu li qurbin makruhun" atau mengutamakan orang lain dalam ibadah adalah suatu yang dibenci. Maksudnya kita disuruh mementingkan diri dalam hal-hal ibadah dan bersungguh-sungguh mencari pahala. Setiap pagi Jumaat, imam yang membaca surah as-Sajdah pasti ada membaca ayat yang bermaksud, "(orang-orang yang beriman) mereka menjauhkan diri dari tempat tidur, sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut(kepada kemurkaanNYA)  serta tamak(mendapatkan keredaanNYA) dan selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang KAMI beri kepada mereka."(as-Sajdah: ayat16

Kalaulah dia selalu berjamaah Subuh hari Jumaat, mesti dia dengar imam baca ayat ini. Tidak pasti pula sama ada dia faham atau tidak. Kata orang, dia dulu qariah mewakili maktabnya. Biasalah tu. Sesetengah qari atau qariah, bacaan memang sedap.  Mantap dengan mahkrajnya, cukup harakat serta dengungnya. Kalau dengar dia baca, tergeleng kepala kita kerana sedapnya. Bila tanya makna, dia pula yang geleng kepala. 

Dalam ayat di atas Allah menerangkan perihal orang yang beriman dalam beribadah. Bukan saja takut malah bersungguh dan tamak pula. Tamak itu maknanya pentingkan diri lah. Mana pula ayat yang dia guna yang melarang orang mementingkan diri merebut pahala solat berjamaah.

Inilah masalahnya kalau bodoh tapi berlagak pandai. Bodoh sombonglah tu.

Walaubagaimanapun, sampai dia pencen saya tetap dengan cara saya. Dia pun tak pernah tanya lagi. Khabarnya sekarang dia dah jadi guru kontrak di sebuah sekolah di Gurun.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Seriously, ada eh guru besar macam ni? Dahsyat gak. Dan ada juga ke qari/qariah yang cuma tahu melafazkan bacaan Al-Qur'an tetapi tak memahami maknanya? Yang ni first time saya tahu tau.

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah