Langkau ke kandungan utama

Antara keliru BN dan tarbiyah PAS

Pada satu poster yang dipasang penyokong BN tertulis "Pembangkang eksploitasi kanak-kanak" dan berlatar belakangkan gambar kanak-kanak memegang poster calon PAS dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang lalu.

Saya cuba bandingkan antara ayat yang tertulis dengan gambar yang tertera. Ada kontradiksinya. Gambar menunjukkan penyokong PR kononnya menggunakan kanak-kanak sebaliknya dalam ayat yang ditulis menyebut sebagai pembangkang. Poster pula dipasang di kawasan pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau, Kedah. Siapa sebenarnya pembangkang di Kedah?

Atau orang-orang BN masih tidak sedar kerajaan Kedah sudah setahun ditadbir Pakatan Rakyat. Kasihan. Banyak juga sindrom yang boleh dilihat pada mereka ini. Pelupa, tak sedar diri, kuat berangan, nanyuk dan lain-lain yang menunjukkan mereka tersangat tua dan sudah tidak berupaya mentadbir dan mengurus dengan baik.

Tetapi kalau yang dimaksudkan poster tersebut adalah PAS dan PR, yang sebenarnya itulah caranya PAS dan PR mendidik atau mentarbiyah kanak-kanak membenci rasuah, kezaliman dan penyelewengan. Manakala ketiga-tiga kejahatan tersebut berhimpun pada batang tubuh UMNO dan rakan-rakannya dalam BN. Bak kata orang tua-tua, "melentur buluh biar dari rebungnya". Tak gitu ke?

Orang-orang muda hari ini yang menentang BN adalah generasi yang tumbuh dari tarbiyah dan latihan ini sejak mereka mengenal huruf lagi. Kerana membenci BN sama seperti membenci rasuah, kezaliman dan penyelewengan. Ketiga-tiganya adalah HARAM di sisi agama. Dan mereka telah menunjukkan penentangannya dengan menolak BN dalam pilihanraya umum yang lalu. Generasi ini pula ada pelapisnya. Dan dalam tempoh sepuluh tahun lagi lenyaplah segala amalan rasuah, penipuan, kezaliman dan penyelewengan bersama-sama dengan lenyapnya BN di tangan anak-anak muda yang telah siap dilatih ini. Insya Allah.

Namun jangan bimbang. Kanak-kanak ini bukan diajar bencikan orang-orang BN tetapi diajar membenci amalan-amalan kotor dalam BN.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah