Langkau ke kandungan utama

Berkongsi rasa

Segala tuduhan yang pernah dilemparkan, bukan lagi satu tuduhan. Segala keraguan kini terbukti kebenarannya. Terserlah kini kecurangan SPR menjalankan amanah rakyat. SPR kini malah lama sebelum ini bersedia menggadai harga diri untuk melayan nafsu buas puak-puak dalam BN untuk terus kekal berkuasa. Apa saja dalih, sukar untuk menidakkan SPR sebenarnya kuda tunggangan malah kuda yang sangat seronok ditunggang oleh pemimpin-pemimpin BN khususnya Pengerusi baru mereka.

Sudah lama rupanya SPR dan BN berkongsi rasa. Seronok BN seronoklah SPR. Suka BN sukalah SPR. Sedih BN malah lagi sedihlah SPR. Bimbang BN maka sudah tentu SPR lagi bimbang.

Pondok panas yang selama ini sangat sinonim dengan mana-mana pilihanraya baik kecil mahupun umum tiba-tiba diharamkan dengan alasan yang langsung tak masuk akal. Yang pastinya pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini baik Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang menyaksikan pondok-pondok panas Pakatan Rakyat mendapat sambutan yang jauh mengatasi pondok panas BN. Inilah membimbangkan puak-puak BN. Kemeriahan pondok panas Pakatan Rakyat menyebabkan penyokong-penyokong BN menjadi lesu dan tidak bermaya untuk terus berada di pondok panas mereka sendiri. Pengundi pula lebih berminat untuk mendekati pondok panas PR sedang mereka yang cuba-cuba menghampiri pondok panas BN terasa seperti dihina.

Begitulah aura pondok panas. Kini segalanya tinggal kenangan. Sebaliknya situasi pilihanraya di Malaysia sama ada sistem, peraturan atau pengendaliannya bakal merangkak perlahan-lahan ke belakang. Kasihan! Tidak merasalah lagi nak duduk bawah pondok sambil pekena teh 'o' ais dalam cerek besar.

Apa yang menghairankan ketika UMNO dan BN dipuncak kuasa dan sokongan padu dari rakyat, tidak pula terdengar cadangan mengharamkan pondok panas. Kalau nak dikatakan aman, ketika itu lebih dahsyat. Penyokong-penyokong BN dengan lagak angkuh dan sombong menghina lawan sehingga peringkat menunjukkan isyarat lucah. Maklumlah orang tengah kuat.

Sekarang bila dah lesu, tahu pula kononnya pengundi takut nak mengundi, larangan kempen saat akhir, bimbang pergaduhan dan macam-macam lagi.

Selepas pondok panas, apa pula peraturan yang mahu dikemukakan SPR. Mungkin sedang menunggu arahan selanjutnya dari Pengerusi UMNO.

Pengerusi SPR: Macam mana Datuk Seri? Peraturan baru ni.
Pengerusi BN: Lega la sikit.
Pengerusi SPR: Kami pun lega sikit.

Nada yang hampir sama. Ada sikit harapan untuk masuk bertanding. Itu pun kena tunggu maklumat dari pasukan risik pula. Perisik pula kata, "kalau Datuk Seri nak bertanding, kami bagi maklumat yang boleh bertanding. Kalau Datuk Seri tak mahu bertanding kami bagi maklumat yang Datuk Seri tak boleh bertanding. Kalau mahu maklumat sebenar, kami cadangkan Datuk Seri jangan bertanding."

SPR, nak buat macam mana ni!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...