Langkau ke kandungan utama

Alat atau matlamat



"Orang India dan Cina menyokong penuh Dato' Seri Nizar di Bukit Gantang. Orang Melayu di Bukit Selambau mesti memberi undi kepada Saudara S Manikumar yang berketurunan India."

Begitulah lebih kurangnya penutup ucapan Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap di Taman Ria Jaya semalam. Ia merupakan satu isyarat jelas untuk sesetengah orang Melayu yang masih ragu untuk mengundi calon PKR itu. Sebelum itu, Tuan Guru Mursyidul Am ketika berucap di Markaz PAS Bukit Selambau turut menyeru hal yang sama.

Kata Tuan Guru Presiden lagi, kita malu dengan pengundi-pengundi India dan Cina yang memberi sokongan yang kuat kepada calon PAS di Bukit Gantang. Sedangkan ada orang-orang Melayu di sini yang masih belum jelas pendirian sama ada mahu mengundi atau tidak mengundi kerana faktor calon. Lebih malang lagi kalau yang enggan mengundi itu adalah penyokong tegar PAS!!! Nah, Tuan Guru dah bersuara, nak fikir apa lagi?

Kepada pengundi-pengundi Melayu di Bukit Selambau khususnya bagi mereka yang sayangkan kerajaan negeri, ingatlah undi kita akan menyelamatkan kerajaan yang kita dokongi sekarang. Bezakan antara matlamat dan alat.

Sesiapa saja yang diletakkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan kita sama ada orang Melayu, Cina atau India hanyalah alat untuk mencapai matlamat mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat yang didokongi bersama PAS, PKR dan DAP. Matlamat kita bukan semata-mata untuk memilih seorang wakil rakyat bahkan lebih penting menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Bayangkan apa yang akan terjadi jika S Manikumar kalah. Mudaratnya tertimpa ke atas kita semua.

Dalam memilih antara dua perkara yang mendatangkan mudarat, agama mengajar kita memilih yang lebih kecil mudaratnya. Ibarat penghidap penyakit kencing manis. Potong kaki atau mati. Keduanya mudarat tapi pilihlah yang paling ringan mudaratnya. Maka kaki kena potong untuk mengelak dari penyakit merebak ke seluruh anggota badan.



Justeru pilihan kita tidak lain dan tidak bukan adalah S Manikumar dari PKR untuk menjamin keutuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Kedah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...