Langkau ke kandungan utama

Lawak Bang Ali

Kalaulah ada anugerah Raja Lawak UMNO, Ali Rustam orang yang paling layak. Banyak fe'elnya yang membolehkan orang ketawa terbahak-bahak. Bukan kerana orang terhibur dengan lawak bodohnya tapi kerana orang meluat. Bayangkan ada orang boleh gelak kerana meluat.

Semua dah maklum cerita lawak bodoh dia. Saja nak ceria-ceriakan petang ni.



Dulu dia pernah larang pegawai-pegawai kerajaan Melaka dan ahli UMNO negeri itu melawat Kelantan. Alasannya, pemimpin PAS suka mengkafirkan ahli UMNO. Menjelang pemilihan UMNO 2009 yang dia sendiri nak bertanding sebagai Timbalan Presiden, larangan itu ditarik balik. Dia kata, ahli PAS sekarang dah tak kafirkan orang-orang UMNO. Padahal dia buat macam tu supaya dia dapat masuk negeri Kelantan untuk berkempen dan beri RASUAH kepada perwakilan-perwakilan Kelantan.

Lawakkan? Kah, kah, kah.

Ada sekali tu dia jemput Shah Rukh Khan nak bagi anugerah Datuk sebab hero Bollywood tu pernah buat penggambaran di negeri Melaka. Itu kira mempromosikan negeri Melaka, katanya. Agaknya berduyun-duyun pelancong India datang melawat Melaka. Macam tu punya jasa pun dapat anugerah Datuk. Agaknya rakyat Melaka yang lain tak ada jasa kut? Tapi jangan lupa, ini kerja Bang Ali.

Lawak, lawak! Kah, kah, kah. Dah sakit pundi kencing gelak kat dia.

Lawak kali ini lagi dahsyat. Dalam Sidang DUN dia kata EXCO Selangor, ElizabethWong tidur dengan lelaki yang bukan suaminya. Katanya lagi,"Saya nak tanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz apa hukumnya orang yang belum berkahwin tidur bersama tapi Nik Aziz kata tak salah, inilah keadaannya sejak PAS kawan dengan DAP tidur dengan perempuan bukan bini pun boleh". Boleh baca kat sini.

Patutkah dia cakap begitu dalam dewan yang mulia.

Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng bangun mempersoalkan bagaimana dia boleh tahu mereka tidur bersama sedangkan orang lain semua tak tahu dan ini katanya menunjukkan Ketua Menteri itu ada menonton video lucah.

Timbul keraguan. Ketua Menteri Melaka tengok video lucah? Isyyy, takkan kut! Habis, mana dia tahu? Biasalah. Bukankah dia Raja Lawak. Cakap dia cuma nak bagi orang gelak saja.

Kah, kah, kah. Tak boleh tahan dah. Nak terkencing ni. Pergi tandas dulu la.

Ulasan

Pang5 berkata…
Tak baik tau tuduh KM tu tengok video tut...

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...