Langkau ke kandungan utama

Resah Muzakarah.

Isu muzakarah atau muqabalah PAS dan UMNO semakin hangat diperkatakan. Lama sebelum ini, desas desus mengenainya sudah saya ketahui melalui laman-laman alternatif. Namun saya lebih suka menutup mulut kerana bimbang yang terkeluar nanti mendatangkan fitnah kepada jamaah.

Saya akui isu ini meresahkan saya. Kebarangkalian PAS menjadi mangsa adalah sangat tinggi. Itu tanggapan saya secara peribadi. Mangsa kepada kesilapan sendiri yang mengakibatkan PAS di pandang serong dan terpinggir dalam Pakatan Rakyat. Atau mangsa kepada UMNO yang memperalatkan PAS untuk memperlahankan kebangkitan seterusnya memastikan mereka terus kekal berkuasa dalam PRU akan datang. Ketika itu jadilah PAS seumpama kain buruk. Dihenyak dan direnyuk oleh UMNO. Disisih dan dipinggir oleh rakan-rakan.

Semua itu saya pendamkan sahaja.

Kelmarin, ketika saya 'free' sementara menunggu waktu ke kelas bersama dua lagi teman, mereka membangkitkan isu ini. Pertama kali saya luahkan apa yang terpendam selama ini. Rupanya mereka juga seperti saya. Segera saya berasa yakin, ramai lagi berperasaan seperti kami. Keresahan dan kebimbangan yang lahir kerana sayangkan jamaah.

Sekian lama pemimpin dan ahli mengharungi badai bersama, wajarkah sekarang ahli dinafikan hak bersuara menyatakan pandangan. Mungkinkah ada seorang dua peminpin yang mengidamkan kerusi menteri yang dilihat lebih terjamin dari janji Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini gossip yang saya dengar. Justeru saya menggunakan perkataan MUNGKIN dan berdoa perkara itu tidak berlaku.

Saya yakin seyakinnya majoriti ahli lebih menghormati muafakat yang dibentuk Pakatan Rakyat dan menolak sebarang kerjasama dengan UMNO. Alasan untuk membincangkan kebajikan bangsa Melayu dan umat Islam pula mencurigakan. Mengapa mesti dengan UMNO? Sudah habiskah rakan-rakan Melayu dalam Pakatan Rakyat.

UMNO memerintah bukannya baru. Setengah abad lamanya. Apakah tidak cukup tempoh yang panjang itu untuk menyusun program membangunkan Melayu dan Islam. Lupakah kita pada jaminan Tuan Guru Nik Abdul Aziz satu ketika dahulu. "Kalau UMNO laksanakan syariat Islam 12.00 tengah malam ini, 12.01 minit kita bubarkan PAS." Malangnya, jaminan seikhlas itu dipandang sepi oleh pemimpin UMNO.

Selama 18 tahun Tuan Guru memimpin Kelantan yang penduduknya terdiri dari 99% orang Melayu, mereka dinafikan hak. Terlalu perit jika dibandingkan dengan Terengganu yang hanya 5 tahun menanggung derita ditahan royalti minyak. Patutlah Tuan Guru Mursyidul Am lebih sensitif berbanding Tuan Guru Presiden.

Kini mereka mahu kembali kepada PAS hanya kerana mereka terdesak dan tidak mampu bernafas. Dalam sejarah, UMNO hanya sedia bermuzakarah apabila dihimpit masalah. Selepas pilihanraya 1969, UMNO hilang banyak kerusi. Tun Razak menjemput Dato' Asri bersama dalam BN menggantikan Perikatan.

Kemudian, pada tahun 1987 selepas UMNO berpecah dua menyebabkan lahirnya Parti Semangat 46, Dr. Mahathir menjemput PAS bermuzakarah mengenai perpaduan Melayu. Selepas pilihanraya 1999, sekali lagi Dr. Mahathir mempelawa PAS bermuzakarah. Tetapi selepas UMNO dan BN menang besar dalam pilihanraya 2004, pernahkah PAS diajak bermuzakarah. Malah dengan angkuhnya dalam setiap perhimpunan agung mereka mengulang-ulang dakwaan merekalah satu-satunya parti yang mampu membela nasib orang Melayu.

Melayu memang perlukan penyelamat. Tapi bukan UMNO. Mereka sudah berada di penghujung usia. Penyelamat sebenar ialah PAS dan Pakatan Rakyat yang mempunyai misi menyelamat negara dan rakyat keseluruhannya tanpa mengira kaum.

Perlu ditekankan juga misi utama PAS ialah menyelamatkan syariat Islam dari dimusnahkan oleh musuh-musuh Islam dan meletakkannya di tempat paling atas dalam perlembagaan negara . Namun PAS tidak perlukan UMNO kerana mereka ternyata gagal walau berpeluang selama 50 tahun.

Teguran dan pandangan yang dilontarkan ahli adalah tanda kasih dan cinta mereka kepada jamaah. Walaupun begitu batasan akhlak tidak harus diketepikan. Pemimpin juga ada hak untuk dihormati. Elakkan dari cacian atau makian yang merendahkan martabat pemimpin. Musuh sentiasa menanti ketika untuk memecah belahkan perpaduan jamaah.

Marilah kita bersama memperteguhkan jamaah. Kenyataan-kenyataan terkini melalui Harakah Daily sedikit sebanyak melegakan. PAS tetap komited dengan Pakatan Rakyat. Semoga difahami rakan-rakan PR yang lain.

Harapan buat pimpinan, segera redakan keresahan ahli. Jangan sampai resah membawa belah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...