Langkau ke kandungan utama

Jangan alih perhatian

Sejak tersebar cerita liwat Datuk Seri Anwar, perhatian teralih seketika. Orang ramai juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui perkembangan tebaru. Bagi yang boleh akses internet, ada peluang saja sudah pasti menghadap komputernya. Mereka pula menjadi rujukan rakan-rakan bertanyakan cerita-cerita terkini.

Namun suasana nampaknya agak terkawal. Tidak segawat 1998. Malah orang ramai tidak terlalu galak mengulas. Walaupun begitu ia masih tetap isu besar negara. Seorang yang dikatakan bakal menduduki jawatan no.1 dalam kerajaan cuba disabitkan dengan tuduhan meliwat pembantunya.

Bagi mereka yang enggan bercakap bukan kerana tidak berminat atau tidak mahu mengambil tahu. Tapi lebih mengambil sikap berhati-hati kerana tidak pasti kebenaran di pihak mana. Ada juga yang kerana terlalu meluat kepada pihak yang membangkitkan tuduhan, sudah di'set'kan dalam kepalanya siapa yang salah dan siapa yang betul. "Malas dah aku nak cakap". Satu kenyataan yang cukup untuk menutup perbincangan.

Buat seketika ia menenggelamkan isu lain. Sama ada yang melibatkan rakyat seperti kenaikan harga minyak atau isu dalaman UMNO dan BN. Reda sekejap perihal peralihan kuasa dalam UMNO atau kemungkinan tindakan lompat parti oleh ahli parlimen dari BN. Mungkin juga ini yang diharapkan oleh pimpinan UMNO.

Kepada para pejuang rakyat, diharapkan isu ini tidak mengalih perhatian kita daripada masalah rakyat yang sebenarnya. Kesusahan akibat dihimpit kenaikan harga minyak dan barang keperluan merupakan persoalan pokok yang perlu ditangani secara berterusan. Desakan supaya kerajaan menurunkan harga minyak perlu diteruskan mengikut perancangan.

Selain itu, perbanyakkan doa supaya Allah menyelamatkan kita dari bencana politik yang sedang melanda negara. Marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

Sesungguhnya apa yang berlaku hari ini adalah akibat daripada longgarnya ikatan agama. Sehinggakan perkara yang memualkan ini sanggup diketengahkan kepada umum dengan cara yang menyalahi syariat pula. Tidakkah ini satu lagi manifestasi kepada kegagalan UMNO menerapkan nilai hidup yang berteraskan iman dan taqwa.

Lalu, hendak disimpankankah lagi UMNO?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...