Takziah buat En. Shahrial Sirin seorang tahanan ISA, kerana kembalinya puteri sulung, Aina Mardiah 17 tahun, ke rahmatullah. Pilu hati membaca kisahnya. Tujuh tahun ditahan ISA, beliau balik ke rumah hanya untuk menatap janazah anak sulungnya. Itu pun tempoh yang dibenarkan hanya sejam sahaja. Sedangkan pihak keluarga serta kenalan dalam GMI dikhabarkan telah berusaha untuk mendapatkan kebenaran Menteri Dalam Negeri untuk membolehkan beliau bersama anaknya ketika anaknya sedang nazak. Tapi dihalang oleh prosedur yang menyusahkan.
Hati saya tertanya-tanya, sudah hilangkah naluri kebapaan dalam diri pihak-pihak yang menguruskan kebenaran itu. Mereka ini tidak anakkah?
Sudahlah dizalimi dengan ditahan tanpa bicara. Kemudian dizalimi lagi dengan lanjutan tempoh penahanan. Kini dizalimi pula dengan dinafikan hak untuk berada disisi anak yang sedang nazak.
Sudahlah dizalimi dengan ditahan tanpa bicara. Kemudian dizalimi lagi dengan lanjutan tempoh penahanan. Kini dizalimi pula dengan dinafikan hak untuk berada disisi anak yang sedang nazak.
Bagaimana dengan kita? Dapatkah kita bersama orang-orang tersayang ketika mereka memerlukan kita? Sungguh, rakyat Malaysia ditakutkan dengan ISA.
MANSUH ISA! MANSUH ISA! MANSUH ISA!
Ulasan