Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak kini bergelar Dato' Seri setelah menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah Serta Bintang Kebesaran di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini, semalam.
Istiadat tersebut diadakan sempena Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan yang disambut secara rasmi mulai 15 Julai kelmarin.
sumber:
Azridul mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Dato' Seri di atas penganugerahan tersebut dan berharap kerjasama baik pihak istana dan kerajaan negeri berterusan dan membawa negeri Kedah ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan.
Sememangnya anugerah darjah kebesaran bagi sesetengah orang bukanlah sesuatu yang membanggakan. Namun jika dilihat dari sisi lain, ia merupakan pengiktirafan dan penghormatan pihak istana ke atas kerajaan negeri yang dipilih rakyat. Justeru kalau Sultan sudah mengiktirafnya malah memberikan pula satu penghormatan berupa anugerah kebesaran, apahal pula dengan segelintir di luar sana yang masih enggan memberi kerjasama.
Sebagai individu, saya mengharapkan dua agensi dari pusat bersedia memberi ruang dan peluang sama rata kepada MB, barisan EXCOnya, wakil-wakil rakyat sama ada dari kerajaan atau pembangkang. Dua agensi yang saya maksudkan ialah Kementerian Pelajaran dan RTM. Sehingga hari ini ruang ini masih tertutup rapat. Kecuali sekolah-sekolah yang jemputannya dari Kerabat Di Raja, MB atau wakil akan hadir sebagai pengiring.
SK Seri Jemerli pernah bercadang menjemput YB Cikgu Mohd Zuki, ADUN Kuala Ketil yang juga bekas Guru Besar sekolah tersebut merasmikan Mesyuarat Agung PIBG tahun ini. Cadangan tersebut dipersetujui oleh semua dari kalangan guru dan ibu bapa termasuk Guru Besarnya seorang JKKK. Tetapi bila cadangan tersebut sampai ke meja PPD Baling Sik, ia ditolak.
Saya geram bila mendengar Berita Kedah FM jam 4.30 petang tadi. Bekas MB Kedah yang juga ADUN Pedu, merasmikan Hari Anugerah Cemerlang dan Ko Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu. Beliau dijemput berdasarkan kedudukannya sebagai ADUN kawasan tersebut. Jadi, apa bezanya dengan YB Cikgu Zuki. Bukankah itu 'double standard'. Tapi tidak menghairankan kalau JPN atau PPD malah Kementerian Pelajaran bersikap 'double standard'. Kalau di PPD Baling Sik, guru-guru diarahkan bermesyuarat pada waktu petang. Sebaliknya kalau mesyuarat melibatkan Pengetua, GB, Pegawai PPD atau JPN boleh pula bermesyuarat waktu pagi.
Berita tadi pula bukan sekadar memaklumkan kehadiran ADUN Pedu sahaja bahkan pembaca beritanya membacakan petikan ucapan perasmian itu. Kalau keistimewaan yang beliau dapat itu kerana kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah, masih ada orang lain yang lebih tinggi darinya. Siapa lagi kalau bukan EXCO Pendidikan. Sudahlah tidak pernah dipanggil merasmikan sebarang majlis di sekolah-sekolah kebangsaan, ucapannya ketika merasmikan majlis-majlis di Maktab Mahmud milik kerajaan negeri pun tidak pernah disiarkan.
Saya menjadi bertambah geram apabila pembaca berita menyebut kononnya kerajaan negeri tetap tidak berganjak dengan pendiriannya menebang balak walaupun mendapat bantahan banyak pihak, sedangkan yang sebenarnya ia masih diperingkat kajian. Dari mana pula Kedah FM dapat maklumat ini. Tepi jalan atau kedai kopi??
Selepas pilihanraya lalu, hampir tidak kedengaran berita tentang kerajaan negeri yang sebelum ini menjadi sumber berita Kedah FM. Sebaliknya, komen-komen pembangkang dan orang ramai pula menjadi kandungan berita. Tidak pernah berlaku sebelum ini.
Oohhh.... apa yang saya tulis ni.
Sebuah harapan yang menggunung untuk melihat suasana harmonis di negeri tercinta. Semua pihak bekerjasama dengan mengenepikan fahaman politik yang dianuti. Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak telah memulakannya, malangnya ia belum bersambut. Sampai bila? Sampai semua pihak meyakini kita adalah pemegang AMANAH ALLAH.
Ulasan