Langkau ke kandungan utama

Lega!

Alhamdulillah. Mungkin itu kalimah paling sesuai dilafazkan sempena jaminan Tuan Guru Presiden PAS tiadanya muzakarah atau perbincangan dengan UMNO untuk maksud kerjasama politik antara keduanya. Sekadar pertemuan biasa untuk berbincang mengenai kebaikan orang Melayu dan agama Islam diizinkan dengan syarat diumumkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Ia sebagai tanda keterbukaan PAS dengan sesiapa sahaja termasuk NGO dan parti-parti politik.

Saya yakin jaminan ini bakal menghapus gundah gulana sebahagian besar ahli yang sentiasa meragui kejujuran UMNO. Jaminan ini juga diharapkan dapat menyatukan kembali serta mengembalikan kepercayaan ahli terhadap pimpinan.

Sekarang masanya untuk kita kembali menumpukan kepada kekuatan jamaah serta kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Parti-parti dalam gabungan juga patut melihat jaminan ini sebagai bukti keikhlasan PAS untuk terus kekal bersahabat dalam usaha untuk melahirkan sebuah kerajaan yang adil serta memacu kemajuan dan pembangunan negara.

Semua pihak dalam gabungan juga perlu sentiasa berhati-hati. Lawan sudah tentu tidak akan berdiam diri. Mereka pasti mencari jalan untuk memecah belahkan kesatuan. Lihat saja sejak isu muzakarah dimainkan, seperti ada ruang yang istimewa untuk pemimpin PAS bersuara dalam media-media mereka.

Kenyataan Presiden pasti mengecewakan. Namun mereka tidak mudah mengalah. Justeru diingatkan supaya kita semua tidak melatah. Jalan terbaik dengan memboikot sahaja media mereka. Tambahan lagi Harakah yang bakal diterbitkan dua kali seminggu dapat menjadi sumber utama mendapatkan maklumat.

Kerjasama dan kesatuan Pakatan Rakyat bakal berhadapan ujian besar. Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh menjadi medan terbaik mengajar UMNO dan BN erti sebuah persahabatan. Susah dan senang bersama.

BN sudah mengajar kita. Susah bersama, senang kena tendang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...