Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Zikir selepas solat

Dari Ibn 'Abbas radhiallahu 'anhu yang bermaksud, " sesungguhnya menguatkan suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wasallam "( riwayat Bukhari dan Muslim ) Imam Syafi'e mengulasnya dengan berkata yang maksudnya, " pada pendapatku, imam dan makmum hendaklah berzikir selepas menunaikan solat. Mereka hendaklah MEMPERLAHANKAN BACAAN ZIKIR itu. Melainkan jika imam mahu mengajar (bacaan-bacaan tersebut kepada makmum). Ketika itu bacaan zikir dikuatkan. Sehinggalah dilihat oleh imam akan makmum mampu mempelajari (zikir sepenuhnya). Selepas itu, dia(imam) hendaklah MEMPERLAHANKANNYA ." Imam Syafi'e menyambung ulasannya lagi dengan berkata yang bermaksud, " Aku berpendapat Baginda menguatkan suara berzikir hanya untuk seketika. Agar orang ramai mempelajarinya daripada Baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang kami tulis bersama ini atau selainnya tidak menyebut selepas salam ada tahlil

TAULIAH

Roslan dan Shahril adalah rakan sepermainan zaman kanak-kanak. Mereka tinggal dalam satu kawasan kejiranan. Ketika keduanya dalam Tingkatan Tiga, Shahril dibawa bapanya berpindah. Pada mulanya mereka masih berhubungan melalui surat namun lama kelamaan tiada lagi khabar berita dari keduanya. Pagi itu Roslan benar-benar terkejut apabila disapa oleh orang yang sudah lama tidak dihubunginya. Sekian ditenungnya sahlah orang itu tidak lain melainkan teman lamanya, Shahril. Sebaik bertanya khabar, tahulah Roslan bahawa Shahril sudah lama bermastautin di negeri ini. Sementara Roslan pula membawa keluarganya ke sini untuk ber'cuti-cuti Malaysia'. Ternyata Shahril tidak pernah melupakan keakrabannya dengan Roslan. Buktinya Roslan diajak menginap di rumahnya. Walaupun pelawaan Shahril ditolak, dia tetap berkeras mahukan Roslan menginap di rumahnya sambil menyatakan kesediaannya sekeluarga melayan sahabat yang sudah lama tidak ditemuinya. Akhirnya Roslan mengalah lalu menerima ajakan Shahr

Fobia Wahabi

Habislah kali ini, habis! Apa yang habis? Umat Islam di Malaysia khususnya yang beria-ria mengaku bermazhab Syafie sudah diserang fobia Wahabi. Asal ada benda yang tak pernah dilakukan atau melihat orang kampungnya melakukan lalu dikaitkan dengan Wahabi. Sampaikan orang yang tak bersolat Jumaat pada hari raya Aidil Adha yang lalu pun dikatakan Wahabi. Lalu kita katakan pada mereka, perkara ini bersumberkan hadis. Ada kitab yang membicarakannya. "Ahhh, itu Wahabi. Kitab itu pun kitab Wahabi. Tak boleh percaya punya." Aduh, sampai begitu sekali!

Kewajipan solat Jumaat pada Hari Raya

Apabila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, maka gugurlah kefarduan solat Jumaat bagi orang-orang yang telah mengerjakan solat sunat hari raya. Hal yang demikian ini bersandarkan kepada hadis dari Zaid bin Arqam yang bermaksud, " Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersolat hari raya, kemudian Baginda memberi kelonggaran mengerjakan solat Jumaat. Sabda Baginda: siapa yang mengkehendaki untuk mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah ." Juga dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, " Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat ” ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih ). Bagi imam, ia disunatkan tetap mengadakan Solat Jumaat agar dapat diikuti oleh orang-orang yang mahu mengerjakan s

Sifat keji perokok

Antara sifat keji perokok yang dapat dikesan ialah: 1. Pengotor. 2. Buang puntung rokok @ sampah merata-rata. 3. Suka kepada bau busuk. 4. Membazir. 5. PEMBUNUH. Kalau setakat dia nak membahayakan diri sendiri, lantak dialah. Tapi asap rokok yang dihembus dengan rasa megah lagi sombong itu juga membahayakan orang-orang disekelilingnya. 6. Bodoh. Tak faham amaran yang terdapat di kotak rokok. 7. Sombong. 8. Bodoh sombong. 9 hingga seterusnya, silakan sesiapa lagi yang mahu menambah.

Kembara hidup insan

Firman Allah 'azza wa jalla, Allah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, Kemudian DIA menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, Kemudian DIA menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. DIA menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan DIA yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa . ( Ar-Rum: ayat 54 ) Demikianlah kembara hidup insan. Melangkah ke hadapan dan terus melangkah. Tiada lagi putaran masa dan umur. Dari segi biologi manusia tidak mungkin kembali merasai saat ketika mudanya. Sedikit demi sedikit rambut mulai gugur, mata menjadi kabur, kulit berubah kendur dan akhirnya jasad dihantar ke kubur. Namun di sisi Allah, insan yang bertaubat dan menginsafi keadaannya diibaratkan bayi yang baru lahir. Adapun orang yang bertaubat dan beriman, serta mengerjakan amal salih, semoga dia termasuk orang-orang yang beruntung . ( al-Qashash: ayat 67 ) Sungguh insan masih berpeluang untuk kembali mendekati Penciptanya selagi nyawa belum berada di tenggorokan dan

Pengajaran

Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dilaporkan sebagai berkata mengenai peluang PAS yang tipis untuk memenangi kerusi DUN Kota Seputeh seandainya berlaku pilihanraya kecil di sana. Tak pastilah sama ada ia mengandungi makna tersirat atau sebenarnya membayangkan peluang tipis PAS dan Pakatan Rakyat merampas kerusi tersebut dari BN. Mungkin sebahagian orang akan mempersoalkan mengapa perlu bersungguh mengosongkan kerusi tersebut hingga di bawa ke mahkamah lalu diadakan plihanraya kecil sekiranya peluang untuk menang dirasakan sangat tipis. Namun saya berpendapat tindakan mendapatkan perintah mahkamah agar kerusi tersebut dikosongkan dan bertanding dalam pilihanraya kecil merupakan dua hal yang berbeza. Ini kerana ketegasan Speaker DUN Kedah adalah dikira sangat wajar sebagai peringatan kepada mana-mana ADUN agar tidak bertindak sesuka hati dengan andaian mereka lebih berkuasa atau selamat di bawah naungan SPR. Selain itu rakyat juga patut disedarkan tentang sikap wakil me

Kes Mahkamah

Minggu ini sahaja ada dua kes mahkamah yang menarik perhatian ramai. Berbanding kes-kes lain yang walaupun kerap terpampang di dada-dada akhbar tapi hanya dipandang sebelah mata. Pertama, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan kedua kes pendakwaan ke atas bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri oleh pihak JAIS. Lihat saja pandangan orang ramai mengenai kedua kes ini. Adanya pro dan kontra sudah membuktikan keistimewaan kedua kes ini untuk diikuti perkembangannya hingga ke akhir. Jumaat ini mahkamah akan mendengar rayuan dari pihak penyandang kerusi DUN Kota Seputeh dan SPR manakala kes JAIS vs Dr Asri ditetapkan pada 5 Januari depan. Kita tunggu dan lihat.

Keterbukaan di Surau al-Muhtadin

Sudah lebih sebulan surau al-Muhtadin dibaik pulih melepasi tempoh sebulan seperti dijanjikan kontraktor yang mengendalikannya. Kelihatan dari jauh seolah-olah baru dilanda tsunami. Ketika projek membaik pulih baru di laksanakan para jamaah masih boleh bersolat di penjuru-penjuru tertentu. Dan terkini garaj motor pula menjadi tempat kami berjamaah. Itu pun hanya waktu maghrib dan isyak saja. Saya mula merindui saat-saat manis bersama teman-teman jamaah dan tidak sabar untuk kembali merasai suasana seperti dulu. Surau al-Muhtadin memang tempatnya kami berkumpul bukan sekadar bersolat jamaah malah turut ber'jamaah' dalam aktiviti-aktiviti lain. Bahkan kalau ada kenduri walimatul urus sekalipun masak memasak juga dikendalikan di surau. Terkini kami sedang menantikan kelulusan menubuhkan Rukun Tetangga dan surau al-Muhtadin bakal dijadikan pusat kegiatan. Ia pasti melibatkan juga kalangan jiran-jiran non muslim dan ini bukanlah halangan untuk mereka beraktiviti di surau kerana po

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep

Busuk Hati

ULASAN MSTAR OLEH ZIEMAN PETALING JAYA: Isu berceramah tanpa tauliah yang dilemparkan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sepatutnya tidak timbul. Ini adalah kerana,JAIS boleh menggunakan budi bicara mereka di bawah klausa 'Pengecualian' seperti yang tercatat di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 jika mereka mahu berbuat demikian. Setelah meneliti salinan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang ditunjukkan kepada mStar Online , jelas bahawa dakwaan Dr Asri memberi ceramah tanpa tauliah hanya satu alasan. Di bawah klausa 'Pengecualian' seperti yang tercatat di Bahagian IX Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, pendakwah ini sebenarnya layak diberi pengecualian. Dalam Enakmen tersebut, klausa 'Pengecualian' mencatatkan bahawa: Jawatankuasa boleh, melalui notis bertulis, mengecualikan mana-mana

Haram manjadi saksi palsu

Dari kitab Riyadus Shalihin pada "Bab Bayaani ghilazi tahriimi syahadati az-zuuri" atau "Bab menerangkan bersangatan haramnya menjadi saksi palsu" Firman Allah " Dan jauhilah perkataan palsu " (al-Haj:30) Firman Allah " Janganlah engkau ikut sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengertian dalam hal tersebut " (al-Isra':36) Firman Allah " Tidaklah seseorang itu mengucapkan sesuatu ucapan, melainkan disisinya ada Raqib dan 'Atid " (Qaf:18) Firman Allah, " Sesungguhnya Tuhanmu itu tetap mengadakan pengintipan " (al-Fajr:14) Firman Allah, " Dan mereka itu adalah orang-orang yang tidak suka menjadi saksi palsu " (al-furqan:72) Dari Abu Bakrah radhiallahu 'anhu katanya, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Tidakkah engkau semua suka kalau Aku menerangkan kepada kamu semua sebesar-besar dosa besar(dosa besar yang paling besar-p) . Kami menjawab, Baiklah, ya Rasulullah . Baginda lalu bersabd

PGSM mohon maaf

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurut sumber terdekat, permohonan maaf tersebut dikemukakan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Difahamkan pihak berkenaan telah menghubungi Mohd Asri sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu. "Draf permohonan maaf tersebut telah dilakukan di hadapan Datuk Jamil yang turut menurunkan tandatangannya sebagai saksi," jelas sumber itu. PGSM bersetuju menarik balik segala tuduhan negatif terhadap Mohd Asri seperti yang terkandung di dalam memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong tempoh hari. "Permohonan maaf itu akan disiarkan di dalam laman web PGSM dan akan dihantar kepada semua media tidak lama lagi," kata sumber itu lagi. Ketika dihubungi, Mohd Asri yang sedang dalam perjalanan pulang ke Mengkuang, Bukit Mertajam berkata,

Kerja-kerja manusia bacul!

Semalam saya bercadang untuk menulis bagi menyatakan rasa kesal di atas memorandum bantahan yang dikemukakan oleh mereka yang mendakwa sebagai NGO's Islam yang dikepalai oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berkaitan cadangan melantik bekas Mufti Perlis, YBhg Dr. Mohamad Asri sebagai YDP YADIM yang baru. Cadangan yang dikemukakan kerajaan Malaysia itu dijangka mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agung, Tuanku Sultan Mizan. Oleh kerana tubuh berasa agak lemah, saya tangguhkan sementara hasrat itu dengan harapan ada pihak yang segera bangkit menjawab memorandum yang jelas berunsur fitnah di samping sebagai percubaan menjatuhkan maruah Dr. Asri. Bahkan ia juga boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menyekat dan melemahkan kumpulan-kumpulan pendokong tajdid di negara ini. Namun berita yang saya dengar pagi ini begitu mencabar kesabaran. Ia seperti mahu menunjukkan ada kerjasama yang erat antara beberapa pihak berkuasa agama negeri-negeri dalam usaha menyekat pengaruh tajdid yang

Fitnah terhadap Dr. Asri

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan beberapa NGO Islam telah menghantar memorandum membantah perlantikan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohamad Asri Zainal Abidin sebagai YDP YADIM yang baru. Memorandum tersebut telah dihantar kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung. Namun apa yang sangat dikesali adalah alasan yang dikemukan untuk menyatakan bantahan tersebut serta keseluruhan kandungan memorandum tersebut adalah FITNAH dan berniat jahat . Berikut adalah kandungannya: 1. NGO-NGO Islam arus perdana yang terlibat dengan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) kelolaan YADIM sentiasa bekerjasama di dalam menegakkan dakwah Islamiyah di Malaysia. Hanya beberapa NGO kecil sahaja yang dapat menerima idea bahtera perubahan yang cuba dibawa oleh Dr Asri yang seringkali tidak seiring pandangannya dengan sebahagian besar ulamak dan NGO-NGO Islam arus perdana. Kerajaan sepatutnya menghormati kerjasama MAIM di bawah naungan YADIM yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agon