Langkau ke kandungan utama

Sukarelawan membanteras jenayah sosial

"OPERASI MENANGANI GEJALA JENAYAH SOSIAL>Setiap PAS cawangan diminta hantar 4-5 orang sukarelawan ke Masjid Muzafar Shah jam 3.30 ptg ESOK@AHAD utk Taklimat oleh Ust. Kamarudin"

Semalam saya menerima satu sms yang catatannya seperti di atas. Sebagai Setiausaha cawangan saya menjalankan kewajipan memaklumkan kepada rakan-rakan lain. Cuma saya sendiri agak skeptik dan belum pasti untuk hadir. Tambahan lagi sakit di bahagian rahang masih terasa.

Sebarang usaha membasmi gejala sosial harus mendapat ujian. Cuma kaedahnya mesti diperkemaskan supaya tidak timbul sebarang masalah lebih-lebih lagi berkaitan dengan perundangan.

Pernah berlaku di satu kawasan perumahan di Sungai Petani kira-kira 10 tahun yang lalu. Sekumpulan jemaah masjid/surau bertindak menangkap pasangan yang disyaki berkhalwat. Kebetulan si lelakinya adalah seorang pegawai polis. Malangnya semasa serbuan dilakukan, salah seorang dari mereka ditembak mati oleh pegawai polis yang cuba ditangkap itu. Dalam perbicaraan mahkamah, pegawai polis tersebut memberi alasan cuba mempertahankan diri dan dibebaskan dari tuduhan membunuh. Lebih menyedihkan sejarah silam si mati pula diungkit menjustifikasikan tindakan melepaskan tembakan.

Inilah yang saya cuba perkatakan. Saya yakin mereka yang hadir adalah dari kalangan ahli-ahli PAS yang bersemangat dan ikhlas menjalankan kewajipan amar ma'ruf nahi munkar. Mereka ini sudah lama memendam perasaan melihat maksiat yang bermaharajalela. Di kalangan mereka juga yang bangkit mempersoalkan tindakan kerajaan Kedah di bawah pentadbiran PAS yang didakwa lambat bertindak menangani masalah sosial. Lalu, inilah masa yang ditunggu. Peluang yang tidak mungkin dilepaskan begitu sahaja.

Walaubagaimanapun, sebarang usaha membenteras maksiat bukanlah sekadar menghimpun seramai mungkin sukarelawan. Lalu diberi taklimat. Kemudian dipecahkan mengikut kumpulan dan bergerak ke tempat-tempat yang ditetapkan. Tamat di situ. Balik dan bercerita pada orang-orang kampung. Selepas dua bulan, sms lagi. Sukarelawan datang lagi, mungkin bertambah kerana seronok mendengar cerita rakan yang pernah terlibat. Siapa dia yang jadi sukarelawan? Akhlaknya, ilmunya atau ibadahnya? Jangan peduli. Janji ramai.

Seharusnya ia lebih dari itu. Adanya jaminan keselamatan dan undang-undang. Polisi insuran sebagai perlindungan, bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku. Ia sepatutnya dimulai dengan penubuhan pasukan atau skuad 'sukarelawan anti maksiat', contohnya. Ahlinya bukan sekadar dipilih tapi perlu melalui penapisan dengan ciri-ciri ilmu, akidah, ibadah dan akhlak sebagai keutamaan. Setiap ahli dilatih dan diberi kad kuasa. Aktiviti dirancang dan dijalankan secara berkala. Selepas sesuatu program atau aktiviti dijalankan, ia disusuli dengan post mortem untuk mengenal pasti kelemahan dan cadangan penambahbaikan dalam program-program seterusnya. Gaji? Tak payah cakaplah. Nama pun sukarela.

Ia mungkin mengambil sedikit masa. Tetapi patutkah pula usaha ini dilakukan secara tergopoh gapah atau sekadar melepaskan batuk di tangga.

Sebaiknya program besar sebegini dirancang rapi terlebih dahulu bagi memastikan objektifnya tercapai dan tidak sekadar syok sendiri. Memang terdapat segelintir ahli PAS yang lebih mementingkan gah sesuatu program dari kesan jangka panjangnya.

Di hati kecil saya tetap mengharapkan program ini berjaya. Mengharapkan Sungai Petani menjadi bandar bebas maksiat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah