Langkau ke kandungan utama

'Dakwah bil hal' cara saya

Petang tadi saya dijemput seorang jiran berbangsa India menghadiri Hari Penyampaian Hadiah tadikanya. Tanpa berfikir panjang dan berdalih saya menerima jemputannya kerana melihatkan kesungguhan beliau yang hadir sendiri ke rumah saya. Saya turut diminta membacakan doa selamat dan menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis tersebut.

Saya berharap biarlah nanti ia menjadi salah satu daripada misi dakwah bil hal ke atas non Muslim khususnya di kalangan jiran saya. Dakwah yang membawa mesej bahawa umat Islam sangat menganjurkan toleransi tanpa membataskan kepada agama dan kaum. Selain membawa mesej bahawa umat Islam boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk kepentingan bersama. Setidak-tidaknya ia dapat menghilangkan kesangsian dan sangkaan buruk golongan non Muslim ke atas orang-orang Islam.

Sampainya di sana, saya dapati tadika milik jiran saya itu mempunyai jumlah murid yang kebanyakannya Melayu. Hanya terdapat 3 atau 4 orang murid India dan seorang murid dari kaum Thai. Pada pandangan saya, beliau yang beragama Kristian juga bertoleransi dengan murid-muridnya kerana menyelitkan sama persembahan nasyid selain nyanyian, sajak, pantun, bercerita dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Saya tertarik bila nasyid "Anak Nabi Kita" turut dinyanyikan seorang murid India.


Di akhir majlis saya memberi jaminan untuk bekerjasama dengannya dalam majlis-majlis yang akan di adakan pada masa akan datang. Inilah dakwah cara saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah