Langkau ke kandungan utama

Shahrizat mungkin gigit jari

Melihat kepada perkembangan semasa dalam pergerakan wanita UMNO, ia bolehlah disifatkan sebagai "memberi kemenangan mudah kepada parti lawan dalam pilihanraya akan datang". Demikian kesimpulan yang boleh dibuat daripada pandangan beberapa penganalisis politik merujuk kepada kemelut yang sedang berlaku dalam sayap utama UMNO itu. Bekas Ketua Wanita UMNO Kedah pula merayu supaya pimpinan wanita membuang sifat ego mereka sementelahan mereka sekarang berada di pihak yang menanggung kekalahan di banyak tempat.

Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO pusat yang tidak membenarkan pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua merupakan suatu konfrontasi antara pucuk pimpinan wanita dengan ahli-ahli bawahan mereka. Sejumlah 73 pencalonan yang diterima Datuk Shahrizat bukanlah suatu yang boleh dipandang remeh sebaliknya ia adalah kesungguhan wanita di peringkat bahagian untuk melihat perubahan segera dilakukan. Tambahan lagi bahagian-bahagian yang mencalonkan Shahrizat turut menyediakan regu yang baik baginya untuk memimpin UMNO iaitu Datuk Kamilia yang berasal dari negeri yang sama dengan Rafidah.

Namun apakah sebenarnya kemahuan Rafidah dan pasukannya yang menjadi punca kedegilan mereka untuk menghormati keinginan orang-orang bawahan mereka. Menurut beberapa orang pemerhati, pelan peralihan kuasa yang dibuat bertujuan untuk menggagalkan rancangan Azalina menduduki jawatan no.2 dalam sayap itu. Dengan Shahrizat kekal bertanding di jawatan Naib Ketua, perwakilan tidak mempunyai pilihan selain mengundi beliau selaku penyandang jawatan. Seperti diketahui umum ia merupakan rentetan episod dendam lama antara wanita dan puteri. Selain itu, Rafidah juga dikatakan tidak 'ngam' dengan Kamilia. Maka peralihan kuasa ini merupakan strategi Rafidah mengetepikan orang-orang yang tidak disukainya. Sedangkan beliau sendiri bakal meninggalkan pergerakan itu. Apa jenis orang ni?

Adalah dipercayai, pergolakan yang berlaku tidak akan terhenti dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat. Ketidakhadiran Dato' Kamilia memungkinkan beliau akan mencabar keputusan mesyuarat tersebut. Kalau benar, pertandingan untuk sekurang-kurangnya jawatan Naib Ketua akan terjadi.

Kalau pertandingan untuk Naib Ketua diadakan, terjaminkah kedudukan Datuk Shahrizat? Tidak mustahil perwakilan yang selama ini menaruh harapan kepada Shahrizat akan beralih kepada lawannya kerana kecewa dengan sikapnya yang mengalah dan mengutamakan kehendak peribadi tertentu dari kepentingan parti.

Kalau Kamilia menang dan menjadi Naib Ketua, adakah pelan peralihan kuasa akan berlaku? Apabila berlakunya peralihan kuasa seorang Naib Ketua akan memangku jawatan Ketua selama tiga tahun tanpa Naib Ketua. Dan orang yang akan memangkunya ialah Dato' Kamilia. Bersediakah pula Rafidah menyerahkan jawatan Ketua kepada orang yang tidak sebulu dengannya?

Dan seandainya peralihan kuasa benar-benar berlaku antara Rafidah dan Kamilia, apa akan berlaku kepada Shahrizat. Gigit jarilah beb!!

Pilihan yang terbaik buat Shahrizat ialah bersedialah menentang bosnya. Lebih baik beliau menjadi Ketua Wanita UMNO dengan dibantu seorang Naib Ketua dari memangku jawatan Ketua tanpa Naib Ketua atau duduk di rumah dan memerhati dari jauh. Orang lain yang naik jadi ketua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se