Langkau ke kandungan utama

Biar Allah memutuskannya

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun.

Tiga pengebom Bali disahkan telah menjalani hukuman tembak seperti yang ditetapkan mahkamah ketika menjatuhkan hukuman terhadap mereka. Walaupun mereka merayu supaya hukuman mati dijalankan secara dipancung, namun mahkamah menolak. Jelasnya, kematian bukanlah satu masalah bagi mereka dan menjadi cita-cita mereka untuk mati sebagai syuhada.

Reaksi pelbagai diterima sejak mahkamah mengumumkan hukuman akan dijalankan bila-bila masa menyebabkan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelak dari berlakunya hal-hal yang boleh mengancam keselamatan.

Kebanyakan rakyat Australia yang ditemuramah sama sekali tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan mahkamah Indonesia. Mereka lebih suka jika ketiga-tiga pengebom tersebut dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Ini kerana mereka akan dilihat sebagai orang yang bersalah dengan hukuman penjara. Sebaliknya hukuman mati yang diterima mengangkat mereka sebagai wira di mata sebahagian orang-orang Islam.

Walau apapun pandangan orang ramai, saya lebih suka mengambil sikap menahan diri dari memberikan sebarang komen. Saya menolak untuk membenarkan atau menyalahkan. Saya melihat urusan ini sebagai sesuatu yang "biar Allah yang memutuskannya". Seperti firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang memberikan keputusan di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang selalu mereka perselisihkan padanya." (as-Sajdah. Ayat 25)

Sebagai seorang Islam, saya bertanggungjawab untuk mendoakan kesejahteraan mereka kerana mereka adalah saudara saya dalam Iman dan Islam. Saya juga tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan seluruh umat Islam. Semoga terpelihara dari fitnah dan kejahatan musuh-musuh umat Islam. Amin

Jika ditanya orang pandangan saya, saya hanya mampu menjawab: "sekiranya kita tidak suka orang lain melakukan sesuatu perbuatan ke atas kita, patutkah kita melakukan perbuatan yang sama ke atas orang lain?" Ini hanya perkataan dari orang yang naif seperti saya.

Siapa yang menyaksikan Awani Global jam 7.30 petang tadi mungkin sempat mengikuti perbualan melalui telefon bersama Mufti Perlis, SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se