Langkau ke kandungan utama

Ke Terengganu

Alhamdulillah, hajat saya untuk membawa keluarga ke Terengganu terkabul juga. Ini pertama kali saya membawa isteri dan anak-anak ke sana. Kami bertolak dari rumah jam 2.15 petang hari Khamis selepas waktu persekolahan. Bersama dengan dua orang teman, En. Azizi dan En. Rashidi yang membawa keluarga masing-masing, kami bergerak secara konvoi mendahului rombongan sekolah yang dijadualkan bertolak jam 10.30 malam.

Cuaca yang baik melancarkan perjalanan. Ketika melalui Jalanraya Timur Barat hari sudah menganjak ke petang. Perjalanan merentasi Banjaran Titiwangsa dengan diapit hutan hujan Khatulistiwa, saya sengaja membuka cermin kereta. Wah, nyaman sekali.



Kami sampai di Besut kira-kira jam 8 malam dan menginap di Bukit Keluang Beach Resort. Sementara menanti anak-anak mandi saya meninjau keadaan persekitaran resort dalam gelap malam. Menurut En. Azizi tidak jauh dari resort ada pantai. Selepas mandi dan solat jamak maghrib dan isyak saya memulakan proses melelapkan mata. Sedar-sedar terdengar azan subuh dari masjid berdekatan.




Esoknya selepas bersarapan dan terus 'check-out' kami ke pasar hari di Kuala Besut mengikuti En. Azizi yang kerap ke sini. Turut menyertai kami ialah rombongan sekolah yang baru tiba jam 4 pagi. Menariknya pasar hari tersebut kerana jualan 'bundle'nya. Macam-macam bundle ada. Baju, beg tangan, kasut yang berjenama malah kereta pun dijual bundle(istilah lain bagi second hand). Rezeki saya sepasang kasut jenama Acics dengan harga RM18.00.



Selepas sejam di pasar hari tersebut kami langsung ke Kuala Terengganu mengikut jalan pantai. Perjalanan kali ini secara berkonvoi dengan didahului bas yang membawa rombongan. Antara destinasi lawatan seperti Muzium Negeri, Arfa Batik, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Pantai Batu Buruk dan membeli keropok di perkampungan Losong.


Selepas maghrib kami meninggalkan Kuala Terengganu. Saya dan En. Rashidi bermalam di Hotel One Utama, bandarJertih. Pukul 1o malam baru dapat daftar masuk. Itu pun hanya tinggal dua lagi bilik kosong. Biliknya memang selesa. Ada dua katil 'double' dengan sewanya hanya RM130 semalam.



Manakala rombongan terus pulang sedang En. Azizi telah pulang lebih awal kerana beliau ada peperiksaan di OUM pada petang esoknya (Sabtu).

Kami bertolak pulang dari Jertih jam 11.45 pagi hari Sabtu. Masih sempat singgah di Bukit Bunga, Jeli. Sampai di rumah kira-kira jam 6.35 petang. Perjalanan pulang, kereta penuh dengan barang.

Besoknya bila menghidupkan enjin kereta, baterinya 'kong'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se