Saya baru selesai membaca tulisan terbaru SS Mufti Perlis, Dr. Asri di lamannya http://drmaza.com. Ada sesuatu yang menarik minat saya. Sesuatu yang menjadi subjek tulisannya kali ini. Saya bawakan petikannya untuk tatapan bersama.
"Pagi semalam (sabtu) saya menerima mesej daripada seorang sahabat yang dahulunya pensyarah UIAM dalam bidang ekonomi Islam. Beliau meninggalkan jawatannya kerana masuk bertanding dalam pilihanraya yang lepas dan tewas. Saya kenal kesungguhan cita-cita Islam dan kebaikan dirinya. Dia bukan sahaja memiliki Ph.D dalam bidang ekonomi Islam, bahkan mempunyai pengetahuan dan disiplin Islam yang baik dalam perkara-perkara yang lain.
Namun mungkin masa tidak menyebelahinya, walaupun hasratnya baik untuk membaiki kepincangan politik. Sehari dua ini, parti yang dimasukinya sibuk membuat mencalonan jawatan itu dan ini, dan dia juga mencuba nasib untuk jawatan ketua pemuda di suatu bahagian tertentu. Dalam mesejnya itu, setelah menyatakan parti yang dimasukinya tidak sesuai lagi untuk orang sepertinya, dia menyebut: “Saya kalah kepada lawan yang tidak lulus SPM, kerja penyeludup beras dan bekas penagih ubat batuk hanya kerana wang. Dia diongkosi oleh Ketua Bahagian yang melihat saya sebagai ancaman. Jawatan parti hari ini adalah jawatan yang disandang berasaskan siapa yang dapat membida harga tertinggi bukan siapa yang berkualiti dan mahu berbakti”.
Mesejnya jelas menunjukkan dia amat kecewa dengan partinya. Itulah natijahnya apabila politik yang bertujuan untuk membaiki dan mengendalikan urusan umat agar selaras dengan kehendak wahyu dijadikan medan pertaruhan demi membolot harga dan kuasa, maka manusia atau organisasi itu akan menjadi binasa."
Dapatkah pembaca mengagak siapakah individu yang dimaksudkan itu? Sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan atau betinanya. Sekali saya membacanya sudah saya tahu siapakah gerangan orangnya. Sosok ini memang saya kenali melalui tulisan-tulisannya di akhbar-akhbar utama. Dari tulisannya juga saya menilai beliau sebagai seorang yang berakhlak dan berperibadi tinggi. Saya juga melihat kesungguhan dan komitednya beliau membawa perubahan dan pembaharuan dalam sistem sosial dan ekonomi umat ke arah lebih menghayati Islam.
Pun begitu saya melihat latar belakang keluarganya yang lebih condong kepada politik UMNO dan BN namun saya berharap beliau berada di luar dari pengaruh tersebut. Ayah beliau merupakan bekas menteri pusat yang telah ditamatkan karier politiknya selepas pilihanraya 1990 sebaik Angkatan Perpaduan Ummah menyapu licin kerusi di Kelantan.
Saya terus mengikuti tulisannya sehinggalah saya dikejutkan dengan berita beliau dicalonkan untuk merebut kerusi Parlimen di tanah kelahirannya. Seperti yang dijangka, beliau mula berubah nada. Seringkali politik merabunkan seseorang. Tulisannya selepas itu lebih banyak ditumpukan untuk membetulkan pihak lawan politik yang dianggap banyak melakukan kerosakan. Sedang dipihak sendiri, semua baik-baik belaka.
Pernah dalam satu tulisannya, beliau seperti hilang pertimbangan bila menuduh Datuk Seri Anwar cuba membeli 30 orang ahli parlimen BN dengan harga jutaan ringgit. Beliau menyebut maklumat itu datang dari seorang ahli parlimen BN Sabah yang kononnya turut dipujuk menyertai Pakatan Rakyat. Agak panjang lebar beliau mengulas dalam kolumnya di akhbar Mingguan Malaysia. Soalnya dari mana Anwar mampu mendapatkan sejumlah wang yang banyak itu.
Ketika berlangsungnya pilihanraya kecil Permatang Pauh, beliau dijemput untuk berhujah dalam rancangan Hujah di TV9 yang memfokuskan soal ketaksuban ahli kepada pemimpin parti. Beliau banyak mengecam sikap ahli PKR yang terlalu taksub kepada pemimpin mereka. Saya sendiri tidak menafikan ahli PKR memang taksubkan Anwar. Buktinya mereka bermatian mempertahankan patung/replika ketua mereka itu walaupun dibantah banyak pihak. Namun hujah tokoh ini dalam rancangan tersebut agak berat sebelah. Beliau mungkin lupa dalam setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, pemimpin mereka dipuji para perwakilan dengan segala madah, pantun, syair dan sebagainya sampai nak termuntah mendengarnya. Tidakkah itu juga menunjukkan sikap taksub yang berlebihan kepada pemimpin UMNO.
Perkembangan terkini seperti tidak menyebelahi beliau. Cita-cita murni beliau tidak dihargai oleh ahli partinya. Beliau terbuang dengan helah yang mengjengkelkan. Itulah harga yang perlu dibayar oleh setiap orang yang cuba membersihkan UMNO. Tiada tempat untuk orang-orang sepertinya. Justeru beliau harus segera beredar dan kembali ke posisi asalnya sebagai seorang ilmuwan yang adil melontarkan pandangan serta menyumbang ke arah kemajuan umat tanpa mengira parti.
Saya tidak mengajak beliau menyertai PAS, tetapi kalau itu alternatifnya, sangat dialu-alukan. Tetapi saya menyeru supaya beliau segera meninggalkan UMNO kerana di situ bukan tempat untuknya. Sedarlah UMNO terlalu kotor untuk orang yang berpekerti sepertinya.
Bagi pembaca yang ingin mengenalinya, silalah ke sini. Lihat juga cita-citanya murninya di sini. Mari kita doakan kebaikannya.

Ulasan