Berikut adalah sedutan dari khutbah yang telah disampaikan di Surau al-Muhtadin, Zon Kenanga 2, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah. Semoga dapat dikongsi manfaatnya bersama. Insya Allah.
*************************************************************
KHUTBAH PERTAMA
Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam."
Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan serta puan-puan supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Firman Allah S.W.T, "Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. DIA Telah memilih kamu dan DIA sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan."
الله أكبر الله أكبر ألله أكبر ولله الحمد
Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah.
Begitu pantas masa berlalu, tanpa terasa Ramadan begitu cepat meninggalkan kita. Padahal kita belum melaksanakan secara maksimanya amalan-amalan seperti solat malam, terawih, puasa yang sempurna meliputi puasa zahir dan puasa batin. Lalu kita tinggalkan Ramadan ini dengan harapan akan bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang. Ya Allah panjangkan umur kami agar kami dapat bersama lagi dengan Ramadan yang akan datang. Namun begitu, Idul Fitri sewajarnya disambut dengan perasaan gembira. Sememangnya kita dituntut untuk bergembira dan menggembirakan orang lain. Oleh kerana itulah kita sangat digalakkan bersedekah kepada orang yang memerlukan disamping menunaikan kewajipan zakat fitrah.

Ramadan adalah anugerah Allah yang sangat besar ertinya kepada hamba-hambaNya yang beriman. Ramadan menjentik hati nurani orang-orang yang mempunyai iman untuk kembali mendekati Allah azza wa jalla. Masjid dan surau dipenuhi, zikrullah dikumandangkan, istighfar dan taubat diperbanyakkan. Maha suci Allah menjadikan Ramadan untuk insan kembali merenung hakikat kejadiannya sebagai hamba Tuhan. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja memohon keampunan dari Allah. Sesiapa saja yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh rahmatNya yang maha luas dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu. Jika kesalahan itu melibatkan orang lain, dia terlebih dahulu hendaklah memohon maaf dari yang dizaliminya itu. Itupun, jika dia tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136: "Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal."
الله أكبر الله أكبر ألله أكبر ولله الحمد
Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah.
Seseorang yang berdosa pula, tidak disuruh mendedahkan dosanya kepada orang lain sekalipun di hadapan ulama atau siapapun di kalangan manusia. Bahkan dia disuruh bertaubat antara dia dengan Allah dan menutup keburukan dirinya daripada orang lain. Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat". (Riwayat Muslim).
Termasuk dalam perkataan Muslim itu diri insan yang berdosa itu sendiri, dia juga tentu seorang Muslim. Maka dia wajib menutup keaiban dirinya. Maka dalam Islam tidak ada ‘pengakuan dosa di hadapan paderi’. Sesiapa sahaja yang berasa berdosa dan ingin kembali kepada Allah, maka dia bertaubat di mana sahaja dia berada.
Sabda Nabi: "Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya". (Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani). Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini. Bahkan dalam sebuah hadis kudsi, Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan." (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
الله أكبر الله أكبر ألله أكبر ولله الحمد
Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah.
Kita dilarang kecewa dengan hidup disebabkan dosa yang lalu. Sebaliknya, disuruh agar sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan jangan kecewa dari rahmat-Nya. Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: "Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Al-Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini menyebut: “Ayat yang mulia ini adalah panggilan untuk semua pembuat dosa dari kalangan yang kufur dan selain mereka agar bertaubat dan kembali kepada Allah. Ayat ini juga adalah pemberitahuan Allah Yang Maha Berkat Lagi Maha Tinggi bahawa Dia mengampunkan segala dosa untuk sesiapa yang bertaubat dan meninggalkannya, walau bagaimana besar dan banyak sekalipun dosa tersebut. Sekalipun bagaikan buih di lautan”. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/74, Beirut: Mussasah al-Rayyan).
Maka tidak ada kecewa bagi insan yang berdosa. Sekalipun kadangkala ada dosa yang tidak dapat dimaafkan oleh perasaan insan lain, namun Allah tidak pernah menutup pintunya selagi insan yang berdosa itu insaf, benar-benar kembali kepada-Nya.
الله أكبر الله أكبر ألله أكبر ولله الحمد
Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah.
Agama ini begitu lemah lembut sifatnya. Pintu untuk mendekati Allah tidak pernah hanya dikhususkan untuk orang tertentu semata. Bahkan sesiapa sahaja yang menerima Islam ini dan berusaha mendekatkan diri dengan jalan Rasulullah maka dia akan sampai ke dalam rahmat Allah. Allah tidak pernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesama manusia. Dia melihat keluhuran jiwa dan kesahihan amalan. Entah berapa ramai orang biasa lebih mulia di sisi Allah dibandingkan mereka yang bersandar dengan berbagai-bagai gelaran dan pangkat. Kadangkala amat menakutkan kita mendengar ucapan sesetengah orang. Pernah juga kita mendengar seseorang menyebut 'dosa- dosa yang dia buat tu sampai bila-bila pun Allah tak ampun.' Amboi! Ringan sungguh perkataan itu di lidah, tetapi amat berat kesalahannya di sisi Allah. Sejak bilakah pula kita menjadi wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau kelaknatan di kalangan hamba-hamba-Nya.

Marilah kita berkempen dan mengajak manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan sahaja untuk orang-orang masjid atau surau sahaja. Malahan ajakan dan pelawaan ini juga untuk muda-mudi di jalanan atau sesiapa sahaja walaupun latar belakangnya tidak menyenangkan hati kita lalu kita katakan kepada mereka 'sesungguhnya rahmat Allah itu terlalu luas, marilah kita mendapatkannya dan memohon keampunanNya'.

Sama ada kita sedar atau tidak, terdapat segelintir pihak yang suka menyampaikan ajaran yang menyebabkan orang ramai lari dari mendekati agama. Mereka cepat menghukum sesuatu kesalahan, malah tidak kurang juga yang menggunakan pendekatan mengherdik, menghina, mencaci dan memaki hamun kepada sesiapa sahaja yang dianggapnya tidak berakhlak. Mereka ini sebenarnya tidak sedar cara mereka ini bukan dapat memperbaiki akhlak malah menyebabkan kerosakan yang lebih teruk lagi. Nabi bersabda: "Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa." (Riwayat Muslim).
الله أكبر الله أكبر ألله أكبر ولله الحمد
Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah.
Dalam sebuah hadis Nabi bersabda yang bermaksud: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya: maka Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya: maka Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini bukanlah menggalakkan manusia melakukan dosa, tetapi menceritakan hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh namun gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa. Setiap kali berdosa, dia ikhlas memohon keampunan dan dia tetap diampun oleh Allah s.w.t.Hadis ini memberikan semangat kepada mereka yang telah bersalah berulang kali supaya terus bertaubat, bukan berputus asa dan terus mengikut jejak langkah syaitan. Walaupun barangkali orang lain akan menyebut kepadanya 'tidak guna kamu bertaubat, sudah berapa kali kamu bertaubat tapi tak berubah juga', tetapi di sisi Allah tidak demikian. DIA Yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih kepada-Nya.
*******************************************
KHUTBAH KEDUA
Wahai orang-orang yang beriman! Aku berpesan kepada diri ku dan juga untuk kamu sekaliannya supaya bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah bekalan taqwa.
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Hendaklah kita sedar, dalam dakwah Nabi bukan hanya diceritakan balasan neraka, namun diceritakan juga kenikmatan syurga. Bukan hanya tentang kemurkaan Allah kepada yang menderhakai-Nya tetapi juga rahmat-Nya bagi yang kembali kepada kepada-Nya.

Firman Allah dalam surah al-Hijr 49-50: "Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku (Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azab-Ku, adalah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaan)."
Dengan berakhirnya Ramadan kali ini sambil menunggu Ramadan yang akan datang insya Allah, moga-moga taubat mempunyai ruang yang besar dalam hidup kita. Manusia juga disuruh takut melakukan dosa. Tetapi kalau tersilap, jangan kecewa. Di samping itu, kita juga hendaklah selalu beringat, bahawa dosa yang terlampau, boleh menghilangkan ingatan kita untuk kembali kepada Tuhan. Segeralah bertaubat setiap kali melakukan maksiat atau kesalahan.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 6-7: "Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itu, sama sahaja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."
Ulasan