Adalah menjadi satu kebiasaan di negara-negara yang berideologikan komunis atau sosialis, mereka mendirikan patung atau replika manusia yang mereka sanjung. Sama ada replika tersebut adalah pemimpin negara, tokoh negarawan, pejuang, cendikiawan dan ilmuwan. Pokoknya orang-orang tersebut berjasa kepada negara.
Terdapat juga negara umat Islam yang diperintah oleh orang Islam tetapi berpegang dengan salah satu atau kedua-dua fahaman tersebut. Lihat sahaja di Iraq. Patung Saddam yang besar pernah berdiri megah di tengah-tengah Kota Baghdad. Tapi sudah diruntuhkan sebaik saja tentera penceroboh berjaya menakluki negara 1001 malam itu. Begitu juga di negara-negara yang pernah menjadi jajahan takluk Soviet Union.
Secara peribadi, saya tidak mengetahui tujuan di sebalik patung itu dibina. Mungkin sebagai mengenang ketokohan dan jasa tokoh-tokoh tersebut. Atau mungkin juga sebagai lambang kepada penegakan dan perlindungan kepada sistem yang mereka anuti. Atau bertujuan untuk dipuja-puja atau didewa-dewakan. Allah lebih mengetahui.
Seperti juga saya tidak mengetahui tujuan disebalik pembinaan patung replika Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves, Selangor. Siapa yang mendirikannya dan siapa yang memberi kebenaran.
Tidak kira siapa yang mendirikannya, orang Melayukah, orang Indiakah, orang Cinakah atau lain-lain, suka saya mencadangkan agar patung itu diturunkan sahaja. Memang tidak sedap di pandang mata. Lebih-lebih lagi ia semakin hampir kepada ketaksuban terhadap seseorang persis seorang sosialis dan komunis memuja pemimpin mereka. Na'uzubillah.
Kerajaan Negeri Selangor dimohon untuk segera bertindak. Mungkin lebih manis dan terhormat jika arahan menurunkannya datang dari mulut Datuk Seri Anwar sendiri. Ia sebagai tanda ketidakrestuan beliau atas tindakan tersebut. Saya yakin Datuk Seri Anwar ada cara yang bijak agar semua pihak tidak berkecil hati jika beliau sendiri yang menurunkan replika tersebut.

Ulasan