Langkau ke kandungan utama

Jahiliyah Kesombongan

Allah 'azza wa jalla berfirman dalam Surah Al Fath ayat 26 yang bermaksud, "semasa orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliyah, lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-NYA dan orang-orang yang berfirman."

Ulama tersohor nusantara, Almarhum Profesor Hamka mengulas ayat ini dalamTafsir al '-Azim berkata: "Kesombongan atau atau berasa dirinya benar dan orang lain semuanya jahat, itulah maksud sebenar hamiyatul jahiliyah. Ia juga lahir dalam bentuk fanatik perkauman apabila seseorang berasa kaumnya sahaja yang benar dan musuhnya sentiasa salah. Hamiyatul jahiliyah ini tertonjol dengan jelasnya semasa berlaku Perjanjian Hudaibiyah. Golongan kafir Quraisy yang fanatik itu tidak mengizinkan umat Islam melaksanakan ibadah umrah dan semasa perjanjian dimeterai, mereka tidak mahu menulis kalimat-kalimat "Bismillahirrahmaanirrahim" dan "Muhammad Rasulullah". Sebaliknya Nabi bertolak ansur dengan mereka kerana perkara yang paling penting bagi Nabi pada masa itu adalah perjanjian."

Hamiyatul jahiliyah boleh diertikan sebagai jahiliyah kesombongan. Ia berkaitan dengan kesombongan terhadap kebenaran. Golongan yang menolak kebenaran yang disampaikan sedangkan mereka mengetahuinya termasuk dalam kelompok mereka yang dijangkiti wabak yang merbahaya ini.

Fanatik perkauman dan semangat nasionalisme yang melampau juga termasuk dalam jahiliyah ini. Ia sering dikenali dan disebut orang sebagai 'asabiyah. Dalam hal ini Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda (maksudnya), "di antara ciri 'asabiyah ialah seseorang menolong kaumnya dalam perkara kezaliman." (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Pada hari ini tanpa disedari umat Islam telah dijangkiti penyakit hamiyatul jahiliyah ini. Demi kepentingan kaum sendiri, mereka menzalimi kaum lain. Mengutamakan kepentingan parti dengan menindas parti lain. Menjaga kepentingan kelompok sendiri sedang kelompok lain dinafikan hak.

Golongan yang berpenyakit ini juga hanya akan menyokong sesuatu yang datang dari kelompok, parti dan kaum mereka sahaja walaupun kebenaran diragui. Sebaliknya mereka menolak apa sahaja yang datang dari pihak yang bertentangan dengan mereka walaupun kebenarannya diakui.

Dukacitanya bila ketegasan YB Zulkifli Nordin mempertahankan tindakannya lewat forum yang dianjurkan Majlis Peguam beberapa bulan yang lepas mengundang tindakan tunjuk sebab dari partinya. Namun pujian wajar diberikan kerana beliau teguh dengan prinsipnya mengutamakan kepentingan Islam dari parti yang diwakilinya.

Lebih mendukacitakan bila terdapat suara dari Ahli Parlimen parti Islam yang menyifatkan pendirian YB Zulkifli senada dengan parti lawan. Inilah penyakit hamiyatul jahiliyah. Hanya kerana ia datang dari parti lawan, kita tentang habis-habisan. Soal kebenaran jadi perkara nombor dua.

Sedar atau tidak virus ini telah lama menyerang pemimpin, ahli dan penyokong parti Islam. Inilah yang boleh dibuat kesimpulan sepanjang pemerhatian saya. Bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS ketika ucapan penangguhan Muktamar Dewan Pemuda PAS yang berlangsung di Kedah, menyerang seorang pensyarah dari UIA yang mengemukakan idea 'Ummah Centric'. Konsep yang mencadangkan supaya setiap individu memberi sokongan sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan. Adakah ia satu kesalahan? Kesudahannya pensyarah ini dilabel sebagai agen UMNO.

Sekadar dua contoh menunjukkan wabak ini sekian lama bersarang dalam parti Islam. Itu belum lagi cakap-cakap kedai kopi, "ahh, politik tu", "nampak macam tak ikhlas pun...", "saja nak ambil hati rakyat..". Asal saja datangnya dari sana semuanya tak betul.

Seperkara yang patut dihargai semua pihak ialah tindakan kerajaan mewujudkan jawatan Guru J-QAF. Ia bukan sahaja mampu membantu murid sekolah rendah khatam al-Quran bahkan juga ia turut memberi peluang pekerjaan kepada ribuan graduan Pengajian Islam dari universiti dalam dan luar negeri. Kalau dah Pengajian Islam, boleh agaklah yang ramai tentu anak-anak orang parti Islam.

Tulisan ini seperti berat sebelah. Tetapi sebenarnya tidak. Sebagai ahli parti Islam, mengajak dan menyeru agar buang sikap buruk ini kerana sesombong manusia ialah mereka yang menolak kebenaran. Iblis kufur kerana sombong. Orang sombong tak masuk syurga. Sia-sia jadi ahli parti Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se